Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Pesakit Saraf Terharu Terima...

KUANTAN - Tiada perkataan yang mampu diucapkan oleh seorang pesakit saraf melainkan ucapan...

Isteri Viralkan Suami Rogol...

MARAN - Seorang isteri telah membuat keputusan untuk menularkan suaminya sendiri kerana didakwa...

Shahida Dah Penat Jawab...

HANYA disebabkan tidak membawa kedua-dua anak angkat pergi bercuti, Datin Seri Nur Shahida...

4 Anggota Sindiket Dadah...

NIBONG TEBAL - Empat termasuk seorang wanita dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan...

Shamalarani Hadiahkan Emas Pertama Malaysia

PHNOM PENH: Atlet karate wanita, C. Shamalarani menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia di temasya Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejayaan itu menyaksikan Shamalarani mempertahankan emas yang dimenanginya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg).

Dalam aksi final, Shamalarani mengatasi atlet Filipina, Junna Tsukii dalam acara yang berlangsung di Dewan A Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini.

Tidak lama selepas itu, skuad karate meraih emas kedua menerusi S. Prem Kumar yang mengatasi atlet Thailand, Chanpet Setthapong dalam acara kumite bawah 55kg.

Prem Kumar melakar kebangkitan dramatik pada 30 saat terakhir perlawanan apabila berjaya menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Keputusan seri itu terpaksa ditentukan oleh pihak juri yang kemudiannya memberikan kemenangan kepada Prem Kumar.


Kejayaan itu menyaksikan dia menebus kekecewaan dialaminya selepas sekadar membawa pulang gangsa pada penyertaan di Sukan SEA Hanoi di Vietnam, tahun lalu dalam acara bawah 60kg.

Terdahulu, Mohd Aiqal Asmadie meraih pingat perak dalam acara kata individu selepas tewas kepada penyandang juara dari Indonesia, Ahmad Ziqi Zaresta Yuda.

Skuad karate negara hanya memerlukan satu lagi pingat untuk mencapai sasaran tiga pingat emas di temasya kali ini.

UtusanOnline-

Kategori

Leave a Reply