Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Bilik Server RTM Di...

KUALA LUMPUR - Sebuah bilik storan data berkomputer di tingkat 5, Wisma TV,...

AADK Saran Ambil Bekas...

KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyarankan agar badan bukan kerajaan (NGO)...

Iklan Pil Kuat Seks...

SUSULAN tindakan peniaga ubat pil kuat seks menggunakan gambarnya tanpa kebenaran dalam mempromosikan...

TPM Bawa Laporan Kelemahan...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa laporan wawancara...

Chuan Leong Sumbangkan Pingat Emas Ke 29 Negara Di Sukan SEA Kemboja

PHNOM PENH : Selepas hampir dua hari lesu tanpa sebarang kilauan pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, kontinjen negara kembali mendapat perkhabaran gembira setelah Thor Chuan Leong berjaya mengungguli acara snuker individu hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Aksi yang berlangsung di Pusat Snuker Sen Sok Aeon, Phnom Penh menyaksikan Chuan Leong berjaya menewaskan atlet Thailand, Akani Songsermsawad dengan keputusan 4-1 (74-42, 67-48, 53-72, 53-17, 63-21).

Ini merupakan pingat emas kelima peribadinya di pentas Sukan SEA sejak mula membuat penampilan ketika edisi 2007 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Bagi anak jati Pulau Pinang berusia 35 tahun ini, kejayaan meraih pingat emas semula di pentas Sukan SEA menyemarakkan semula kariernya yang sebelum ini malap setelah mengambil keputusan untuk berkelana di United Kingdom sejurus memenangi gelaran Juara Asia pada 2014.

“Saya rasa gembira dengan pencapaian saya di kejohanan ini, sebab saya hanya beraksi satu acara sahaja kali ini, jadi memang ada tekanan yang besar untuk diri saya, tetapi saya berjaya juga untuk memenangi pingat emas.

“Kejayaan saya ini bukan mudah, sebab saya bangkit selepas nama saya tenggelam dalam tempoh empat hingga lima tahun ini sejak saya ke United Kingdom.

“Saya ke sana sebagai juara Asia, tetapi apabila di sana, saya ibarat beraksi sebagai budak kecil, jadi apabila menang pingat emas ini, saya rasa lebih baik,” jelas Chuan Leong.

-Utusan Online

Kategori

Leave a Reply