Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Diselamatkan Dengan...

Kuala Berang : Helikopter terpaksa digunakan bagi memindahkan 18 mangsa banjir termasuk bayi...

Sabar Dan Bersyukurlah Wahai...

“KAMI tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Bukan kami minta dihampar...

Tidak Semestinya Beliau Tiada...

KUALA LUMPUR - Orang yang tidak atau belum lagi memegang jawatan politik tidak...

Kes Bunuh Morais: Tertuduh...

KUALA LUMPUR — Perbicaraan hari pertama prosiding membela diri kes pembunuhan Timbalan Pendakwa...

Saya Mohon Maaf Kepada UMNO – Salahuddin

PUTRAJAYA : Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon maaf kepada UMNO di atas keterlanjuran kenyataan dikeluarkan Khalid Abdul Samad baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, beliau secara peribadi memohon maaf jika kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah itu menyinggung atau melukakan UMNO.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya bagi pihak Amanah memohon maaf atas kenyataan dikeluarkan oleh Khalid.

“Sebarang keterlanjuran itu bagi saya biasalah bagi orang politik. Kadang kala kita terlanjur dan tidak ada malunya kita memohon maaf sekiranya ia melukakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Seri Satria, di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini, apa yang penting adalah memperkukuhkan posisi dalam kerajaan dan menyelesaikan isu rakyat.

Salahuddin berkata, Kerajaan Perpaduan ketika ini sedang berhadapan dengan persediaan enam Pilihan Raya Negeri (PRN), justeru ukhuwah dan perpaduan serta kekuatan parti gabungan adalah lebih penting.

Menurutnya, beliau berharap isu itu dapat diselesaikan segera, malah permohonan maaf itu sudah beliau sampaikan kepada Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.


“Elok kita selesaikan segera isu ini dan bergerak ke hadapan demi perpaduan negara dan rakyat,” katanya.

Ditanya apa pendirian sebenar Amanah terhadap isu pengampunan Najib, Salahuddin berkata, partinya jelas bahawa seseorang yang dikenakan hukuman oleh mahkamah dan penjara ada hak untuk meminta pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya pula sama ada Khalid akan dibawa kepada tindakan disiplin, Salahuddin berkata, permohonan maaf sudah dibuat dan ia sudah memadai.

Sebelum ini, Khalid menerusi kenyataan merayu agar Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

Khalid dilaporkan berkata, parti itu berpendirian, hanya dengan cara itu sahaja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga.

Kenyataan Khalid itu bagaimanapun menimbulkan reaksi tidak selesa UMNO terutama UMNO Kelantan yang turut memberi kata dua kepada Khalid supaya memohon maaf atau menarik kerjasama antara parti di negeri itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori