Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 900,000 Permohonan BSH...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan telah menerima lebih 900,000 permohonan sejak permohonan Bantuan Sara...

India Mulakan Pelaksanaan GST...

NEW DELHI – India hari ini memulakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)...

Saya Tidak Akan Jadi...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, beliau tidak berhasrat untuk...

Video Penuh: Baju Dilucut,...

BAGAIKAN drama Tamil, aksi seorang gadis dibelasah teruk oleh dua perempuan di Bachok,...

Sabah Akan Bentang RUU Antilompat Parti Pada Sidang DUN

Kerajaan Sabah akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama empat hari bermula esok, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau yang menangkis dakwaan pembangkang berkata kerajaan negeri tidak sengaja mahu menangguhkan pembentangan RUU berkenaan dengan tujuan untuk mengekang wakil rakyat negeri ini daripada menyokong pihak lain.

Beliau berkata RUU itu melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri, serta memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sabah sebelum ia boleh dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

“Jadi, tidak benar seperti dakwaan pembangkang bahawa kita sengaja melengah-lengahkannya. Kita kena patuhi prosedur,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat prapersidangan mesyuarat di Menara Kinabalu di Kota Kinabalu, hari ini.


Ketua Menteri berkata Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Negeri memerlukan sokongan majoriti dua pertiga daripada ahli DUN sebelum dapat diluluskan.

“Saya yakin RUU itu akan mendapat sokongan penuh daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan ahli Pakatan Harapan. Saya juga menggesa wakil pembangkang menyokong RUU itu, kerana mereka juga menyokong rang undang-undang anti lompat parti diluluskan di Sabah,” katanya

RUU Pindaan Perlembagaan Negeri adalah antara empat RUU yang akan dibentangkan dalam mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri dari 22 Mei hingga 25 Mei.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori