• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pembantu Jurulatih Selam Cium Pelancong Wanita

oleh Mohd Arshad
08/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Tahan Pembantu Jurulatih Selam Cium Pelancong Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Seorang pelancong wanita warga China mendakwa dicabul ketika melakukan aktiviti selaman di perairan sebuah pulau peranginan Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa berusia 25 tahun berkenaan mendakwa dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam ketika membantunya melakukan aktiviti selaman.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Sabtu lalu sekitar pukul 10.03 pagi.

“Laporan dibuat ketika mangsa mahu bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk berlepas ke Kuala Lumpur sebelum balik ke negara asal.

“Mangsa mendakwa dicium oleh seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang merupakan pembantu jurulatih selam separuh masa di sebuah pusat selaman di Semporna.

“Susulan laporan itu, polis bertindak membuat tangkapan ke atas suspek terbabit di sebuah penginapan atas air kira-kira pukul 12.50 tengah malam, semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arif berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 11 Mei depan untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, tular sekeping gambar di media sosial yang memaparkan mangsa dicium oleh suspek ketika melakukan aktiviti selaman.

-Kosmo Online

Tags: ciumPelancongPembantu Jurulatih Selampolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

05/08/2026
0

Pada masa kini, perjalanan antarabangsa menjadi jauh lebih mudah. Anda boleh menempah penerbangan, penginapan, pengangkutan, dan menggunakan peta semuanya secara...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd