• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Lelaki Bergaduh Di CIQ BSI

oleh Mohd Arshad
31/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Tahan 2 Lelaki Bergaduh Di CIQ BSI
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Polis menahan dua lelaki selepas disyaki terbabit dalam insiden pergaduhan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, 22 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira 4 petang, suspek berkenaan yang juga penunggang motosikal warga tempatan dan bekerja di Singapura, bergaduh sesama sendiri selepas motosikal mereka bergesel di bangunan itu dari arah Singapura masuk ke Malaysia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, selepas cabar mencabar, kedua-dua suspek bergerak ke arah luar bangunan dan kemudian mula bertumbuk.

“Kejadian ini berpunca apabila seorang daripada mereka yang berada di belakang tergesel motosikal seorang lagi suspek ketika mereka lalu di laluan motosikal CIQ, BSI.

“Akibat tidak berpuas hati, berlaku cabar mencabar antara mereka berdua yang kemudian ajak bergaduh di luar daripada laluan motosikal itu.

“Tiba di luar (bangunan), mereka mula bertumbuk seperti yang boleh disaksikan dalam video tular,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek pertama berusia 27 tahun kini masih dalam tahanan reman selama empat hari sehingga esok.

Katanya, suspek pertama mempunyai dua rekod lampau kes dadah dan ketika ditahan juga mendapati dia positif ganja.

“Semalam, seorang lagi suspek berusia 34 tahun ditahan di sekitar daerah ini dan perintah remannya akan dipohon hari ini,” katanya.

Menurut Raub, tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian, namun terdapat penggunaan senjata ketika itu dan polis menyiasat kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 14 saat di laman sosial media yang memaparkan pergaduhan di laluan keluar motosikal dari BSI membabitkan dua penunggang motosikal sambil dihalang penunggang motosikal yang lain.

-Harian Metro

Tags: CIQ BSIpergaduhanpolisTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd