• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Bakal Umum Berita Gembira Untuk Kelantan Malam Ini

oleh AK-47
12/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Bakal Umum Berita Gembira Untuk Kelantan Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan berita gembira iaitu projek dan peruntukan untuk Kelantan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, apa yang akan diumumkan itu adalah lebih dari apa yang diumumkan pada Belanjawan Madani sebelum ini.

“Naratif negeri Pantai Timur dan Sabah adalah ketinggalan dan kita bertekad untuk menambah peruntukan serta kemudahan kepada negeri-negeri khususnya Kelantan.

“Malam ini saya mungkin menyebut beberapa keputusan baru iaitu lebih dari apa yang diumumkan pada Belanjawan Madani sebelum ini iaitu projek yang saya percaya dapat membantu membangunkan Kelantan.

“Kita tidak mahu Kelantan ketinggalan berbanding negeri-negeri lain,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

PM lancar pembinaan stesen pertama ECRL

Sementara itu, Anwar berkata, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi pemangkin dan pencetus kepada pembangunan bagi negeri-negeri yang dianggap terpisah daripada perkembangan pesat di Lembah Klang.

Katanya, ECRL adalah projek yang besar dan dianggap raksasa. Justeru, kerajaan negeri harus bersama-sama untuk memanfaatkan kemudahan pengangkutan yang ada selain mencari kaedah baru bagi mencetuskan pelaburan baru.

“Saya juga berterima kasih kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mengikuti perkembangan kemajuan projek ECRL dan Kelantan mencatatkan rekod yang baik kerana memberi kerjasama dan proses pengambilan tanah yang dipercepatkan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Berita GembiraKelantanpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd