• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas ‘Petting Zoo’ Raba Budak Lelaki, Ditahan Reman Tujuh Hari

oleh Mohd Arshad
30/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Petugas ‘Petting Zoo’ Raba Budak Lelaki, Ditahan Reman Tujuh Hari
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG: Seorang petugas aktiviti di zoo mini haiwan jinak atau ‘petting zoo’ ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kerana dipercayai mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pada 12 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Salak Tinggi itu, mangsa yang juga murid Tahun Tiga mendakwa dicabul tiga kali oleh suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada 26 Mei lalu selepas hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan malah kertas siasatan kes sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.

“Ketika disoal siasat, suspek bagaimanapun tidak mengaku memegang kemaluan kanak-kanak lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa dicabul sebanyak tiga kali oleh suspek ketika berada di dalam sebuah bilik Sains di sekolahnya pada aktiviti petting zoo.

Md. Noor Aehwan berkata, ketika berada di bilik berkenaan, mangsa telah membayar wang sebanyak RM5 kepada jurugambar (suspek) sebagai bayaran untuk mengambil gambar.

Menurutnya, suspek kemudian berdiri di sisi sebelah kiri mangsa dan memeluk daripada arah belakang sambil menyentuh kemaluan mangsa dari bahagian luar seluar.

“Mangsa cuba menepis tangan suspek namun suspek masih terus menyentuh kemaluan mangsa.

“Ekoran kejadian itu, bapa mangsa membuat aduan kepada sekolah dan suspek kemudian dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan itu. Suspek mengaku melakukan kesalahan itu namun, pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan suspek memasuki kawasan sekolah untuk program lain selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bapa mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan diambil pihak sekolah sebelum membuat laporan polis.

UtusanOnline-

Tags: budak lelakiditahanpetugas petting zooraba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd