Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Single Baru Bawa Nama...

PUJIAN harus diberikan kepada pelakon dan penyanyi Kilafairy selepas enam tahun mencuba nasib...

Mangsa Banjir Di Temerloh...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Temerloh setakat pukul 9 pagi ini meningkat...

RM20 Juta Diperuntuk Mendalamkan...

HULU TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi mendalamkan muara Sungai...

Kes Demam Denggi Meningkat,...

PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) 47/2022 iaitu dari...

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak percaya berita palsu dan membuat pembelian panik sehingga menyebabkan banyak kedai runcit di negeri itu terputus bekalan gula sejak minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden CAKE, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, sebahagian pengguna mula membuat pembelian panik apabila menerima makluman bahawa harga gula dijangka naik mendadak pada bulan depan.

Mohamad Yusrizal, berkata bekalan gula dikatakan kononnya akan naik sebanyak RM1 hingga RM1.50 sekilogram iaitu daripada harga asal RM2.85 sekilogram kepada RM3.85 hingga RM4.50 sekilogram.

“Yang dengar naik jadi panik dan beli secara banyak. Namun, berita mengatakan bahawa gula hendak naik ini, kita dimaklumkan oleh kementerian adalah tidak benar.

“Namun, kita tidak tahu sampai bila kerajaan akan mengekalkan harga gula memandangkan pengilang mengatakan mereka sudah tidak tahan dengan kos pengeluaran gula, sekali gus meminta kerajaan menaikkan harga gula. Namun setakat ini kerajaan tidak membenarkan kenaikan harga gula,” katanya.

Mohamad Yusrizal berkata demikian pada sidang media selepas meninjau bekalan gula di sebuah kedai runcit di Jalan Seberang Perak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kekurangan bekalan gula dikhuatiri berlaku disebabkan ada pengguna membuat pembelian panik apabila mendengar ura-ura mengatakan harga gula akan naik tidak lama nanti.

Katanya, bekalan gula dari peringkat pengilang dan pemborong juga didapati tidak sampai ke peringkat kedai runcit hingga menyukarkan peruncit menjual kepada pengguna dan peniaga makanan minuman.

“Inilah sebab berlakunya kekurangan bekalan gula. Saya sudah periksa semua kawasan dari Bukit Kayu Hitam hingga Kulim dan Bandar Baharu, semua kawasan terjejas,” katanya.

Disebabkan itu, beliau berkata, ada kedai makan di Tanjung Dawai didakwa terpaksa ditutup berikutan masalah kekurangan bekalan gula sejak seminggu lalu.

“Selain itu, ada kedai runcit dikatakan meletakkan syarat supaya pengguna berbelanja RM50 sebelum dibenarkan membeli gula,” katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub bahawa isu bekalan gula di Kedah pulih sepenuhnya, Mohamad Yusrizal memaklumkan, beliau mendapati keadaan bekalan ketika ini adalah seperti biasa namun makin buruk berbanding minggu lepas.


“Pada minggu lalu, peniaga masih boleh membeli gula tetapi pada minggu ini memang tiada langsung terutamanya kawasan kampung dan sebagainya.

“Saya ada baca kenyataan bahawa bekalan kembali pulih di beberapa kawasan seperti Sik dan Gurun, yang mungkin bekalan dihantar oleh kementerian.

“Jadi, saya mohon supaya semua kawasan di Kedah dipulihkan dan bukan sesetengah kawasan sahaja sebab semua kawasan alami masalah sama,” katanya.

Menurut pembantu kedai, Nazarudin Ramli, 51, mereka terpaksa mengehadkan kuantiti belian di kedai itu bagi memastikan semua pengguna mendapat bekalan gula.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa berbuat sedemikian disebabkan bekalan tidak cukup ketika ini.

Katanya, kedai berkenaan kini hanya menerima lima bungkusan berbanding 40 bungkusan berbanding sebelum ini.

“Ada pelanggan merungut dan marah sebab kita hanya beri dua kilogram (kg) tetapi mereka hendak lima kilogram (kg).

“Jikalau kita bagi lima kilogram (kg), bekalan habis awal lagi,” katanya.

Seorang pengguna, Zamriah Abdullah, 45, berkata, masalah kekurangan bekalan gula mula dirasai sejak minggu lalu.

Beliau yang juga peniaga minuman mengakui, bekalan gula sukar diperoleh di beberapa kedai runcit atau pun pasar raya sekitar Alor Setar.

“Saya dengar dari kawan-kawan gula susah dapat. Banyak kedai tidak ada bekalan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori