• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar 17 Tahun Ditahan Miliki 6,000 Biji Pil Kuda

oleh AK-47
01/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pelajar 17 Tahun Ditahan Miliki 6,000 Biji Pil Kuda
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis menahan dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dan merampas sebanyak 6,000 biji pil yaba atau pil kuda di Rantau Panjang pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kedua-dua mereka ditahan di belakang sebuah restoran makanan segera di daerah itu kira-kira jam 10 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati remaja berkenaan merupakan pelajar di sebuah sekolah di Hulu Selangor manakala seorang lagi berumur 33 tahun bekerja sebagai buruh.

“Kedua-dua mereka kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, semakan mendapati suspek berusia 33 tahun mempunyai dua rekod lampau berkaitan narkotik.

“Susulan tangkapan melibatkan pelajar tersebut, polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak serta akan mengambil tindakan tegas bagi menangani jenayah ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222.

-Sinar Harian

Tags: pelajarpil kudaTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd