• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter

oleh Mohd Arshad
06/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang, Ombak Sehingga 3.5 Meter
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua serta ribut petir membabitkan beberapa kawasan perairan yang berbahaya kepada aktiviti laut dan pantai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

METMalaysia berkata, bagi Seksyen A iaitu perairan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan membabitkan angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m).

Katanya, situasi itu dijangka berlaku di perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang serta Perak dalam tempoh Isnin hingga Jumaat ini dan ia berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat dan Sabah hingga jam 2 petang, hari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 m dan berbahaya kepada bot kecil,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, bagi Seksyen B iaitu untuk perkapalan, amaran sama kategori kedua iaitu angin kencang barat laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 m pula dijangka di kawasan perairan Phuket bagi tempoh bermula Isnin sehingga Jumaat depan.

Katanya, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu juga berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

“Amaran sama bagi kategori pertama iaitu angin kencang barat laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 3.5m juga dijangka di kawasan perairan Selat Melaka utara dalam tempoh sama.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi hingga 2 petang ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dan berbahaya kepada bot kecil,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Amaran Angin KencangMetMalaysiaombak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Next Post

Kementerian Pengangkutan Akan Naik Taraf Unit Logistik – Loke

Related Posts

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Empat Negeri Diramal Alami Hujan Berterusan Khamis, Jumaat Ini

Empat Negeri Diramal Alami Hujan Berterusan Khamis, Jumaat Ini

18/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan empat negeri selama dua hari bermula Khamis ini....

Next Post
Kementerian Pengangkutan Akan Naik Taraf Unit Logistik – Loke

Kementerian Pengangkutan Akan Naik Taraf Unit Logistik - Loke

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd