• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki AS Tak Salah Akhirnya Dibebaskan Selepas Tiga Abad Dalam Penjara

oleh Mohd Arshad
26/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki AS Tak Salah Akhirnya Dibebaskan Selepas Tiga Abad Dalam Penjara
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES: Seorang lelaki dari Baldwin Park dibebaskan dari penjara negara awal bulan ini selepas pendakwa raya dan pegawai parol menemukan bukti menunjukkan beliau tidak bersalah dalam kejadian tembakan pada 1989, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pegawai, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Daniel Saldana, 55, dijatuhi hukuman penjara 45 tahun pada 1990 setelah disabitkan dengan cubaan membunuh dalam kejadian tembakan ke atas enam pelajar sekolah menengah Baldwin Park yang disangka sebagai ahli kumpulan, selepas perlawanan bola sepak, menurut Peguam Daerah Daerah Los Angeles George Gascón. Dua daripada pelajar itu cedera.

Saldana, Raul Vidal dan April Gallegos semuanya disabitkan dengan enam pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan menembak ke arah kenderaan yang terdapat penumpang. Bagaimanapun, Saldana tetap mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya dan berkata beliau tidak berada di tempat kejadian.

Menurut Gascón, pada 2017, Vidal memberitahu lembaga parol negeri bahawa dia bertanggungjawab ke atas tembakan itu dan Saldana tidak berada di tempat kejadian, namun maklumat itu tidak dimaklumkan oleh pendakwaraya Daerah Los Angeles kepada Saldana atau peguambelanya.

Bagaimanapun, pada Februari, lembaga parol menyerahkan transkrip pendengaran itu kepada Unit Integriti Sabitan Pejabat peguam daerah yang melancarkan siasatan dan akhirnya pejabat itu mengemukakan usul bersama dengan Saldana supaya sabitannya dibatalkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles, William Ryan membenarkan keputusan tidak bersalah pada 11 Mei.

Saldana berusia 22 tahun ketika ditangkap dan bekerja dalam sektor pembinaan semasa kejadian itu dan tidak mengetahui mengapa dia dikaitkan dengan jenayah itu.

Gascón enggan mengulas mengenai bukti lain yang digunakan untuk mensabitkan Saldana kerana beliau berkata, pendakwa raya masih menyiasat sama ada orang lain mungkin bersalah dalam kes itu.

Bernama-

Tags: Amerika SyarikatdibebaskanTidak Bersalah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd