• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Umum Berita Gembira Sempena Hari Guru Esok

oleh AK-47
15/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM Umum Berita Gembira Sempena Hari Guru Esok
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan beberapa berita baik buat warga pendidik sempena Hari Guru pada Selasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara yang penting itu akan diumumkan untuk memberi semangat kepada guru-guru berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam melahirkan pelajar yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Menurutnya, perkara itu akan diumumkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Melaka, bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak perlu tunggu Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Menteri Pendidikan akan umumkan.

“Jadi tunggu esok kita akan umumkan, ada beberapa perkara yang saya fikir penting untuk beri semangat kepada guru-guru kita, dan keseluruhan ekosistem negara kita,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pada Majlis Anugerah Inspirasi (AGI) McDonald’s 2023 di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, anugerah yang dianjurkan McDonald’s bagi menyemarakkan sambutan Hari Guru dan acara kemuncaknya akan diraikan bersama Perdana Menteri pada Selasa.

Sambutan Hari Guru 2023 telah bermula sejak Ahad dengan beberapa aktiviti termasuk konvoi guru-guru dengan motosikal berkuasa tinggi sebelum kemuncaknya pada Selasa.

-Sinar Harian

Tags: Berita Gembirahari guruKPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd