• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Bincang Kenaikan Gaji Guru Miliki Kelayakan Akademik Lebih Tinggi

oleh AK-47
27/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM Bincang Kenaikan Gaji Guru Miliki Kelayakan Akademik Lebih Tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL  – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga memandang serius saranan tersebut dan berpandangan ia mestilah selari dari segi kualitifikasi bermakna integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan yang menjadi tumpuan KPM.

“Kita ambil pandangan itu secara serius dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam seperti mana yang diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan jadi tumpuan awal sebaik saja ekonomi negara pulih. Ia juga tidak lari daripada hasrat KPM yang melihat perkara sama.

“Kita sedang berada dalam radar perbincangan (saranan itu) dan dalam konteks untuk menaikkan gaji guru serta dari segi kualitifikasi maknanya integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan, ini menjadi tumpuan kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Duri, di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Sabri Said.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kerajaan disaran menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berusaha memperkemaskan diri bagi memantapkan lagi pendidikan demi anak bangsa.

Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Anuar Ahmad dilaporkan berkata ketika ini gaji guru yang memiliki sarjana dan doktor falsafah (PhD) adalah sama dan ia wajar untuk dikaji semula.

Beliau turut dilaporkan berkata, kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi agar mereka dapat merasakan pentingnya untuk sambung belajar bukan sahaja menambah ilmu, sebaliknya boleh meningkatkan gaji dalam bidang yang diceburi.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM sentiasa memberi galakan dan tiada sebarang halangan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana intergiriti perguruan dan kualiti guru juga meningkat dari semasa ke semasa.

“Saya ingat dari segi guru nak sambung pelajaran tidak jadi halangan malah kita menggalakkan, saya juga membuka ruang yang luas untuk mereka (sambung belajar) lagipun guru sekarang ini sangat berkelayakan dan terlatih dalam bidang mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: kelayakan akademikKenaikan Gaji GuruKPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jemaah haji Malaysia Diserang Dehidrasi

Next Post

Agong Beri Sumbangan Peribadi Kepada Waris Anggota Tentera Darat Dalam Kemalangan

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
Agong Beri Sumbangan Peribadi Kepada Waris Anggota Tentera Darat Dalam Kemalangan

Agong Beri Sumbangan Peribadi Kepada Waris Anggota Tentera Darat Dalam Kemalangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd