• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak KJ Disambung Hingga Hujung Tahun

oleh Mohd Arshad
21/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kontrak KJ Disambung Hingga Hujung Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Selepas tiga bulan bergelar penyampai radio HotFM dengan mengendalikan segmen Bekpes Hot bersama rakan penyampai, AG, Johan dan Fara Fauzana, kontrak bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, 47, disambung hingga Disember depan sejak Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, tempoh tugasan Khairy atau lebih mesra disapa KJ di konti akan dilanjutkan dari sejam kepada dua jam.

“Berita baik adalah KJ akan bersama dengan Hot FM sehingga hujung tahun ini.

“KJ tetap bertugas pada setiap Isnin, tetapi tempohnya akan dipanjangkan selama dua jam.

“Bagaimanapun, tidak semestinya KJ akan bertugas pada Isnin sahaja. Jika ada program khas memerlukan khidmatnya, KJ akan muncul.

“Sebelum ini, tugas KJ bermula jam 8 pagi, tetapi bermula Isnin lalu, jadualnya dipercepatkan iaitu antara jam 7 hingga 9 pagi,” katanya pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Hot FM dan Buletin FM, hari ini.

Selain kemunculan KJ dan rakan penyampai Hot FM dan Buletin FM, Majlis Rumah Terbuka Hot FM itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran.

Sementara itu, Nazri berkata, kemunculan KJ sebagai penyampai radio memberi impak cukup besar kepada stesen radio popular itu.

“Sejak KJ menyertai Hot FM pada Februari lalu, impaknya sangat ketara. Apabila beliau tidak ke udara, ramai pendengar mula tanya-tanya.

“Meskipun wujud banyak platform disebabkan perkembangan teknologi, namun radio tetap ada pengikut tersendiri kerana menyediakan hiburan diperlukan,” ujar Nazri.

Mengulas kontrak dilanjutkan, KJ menzahirkan ucapan terima kasih kepada MPA atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Hot FM, MPA dan rakan penyampai kerana mengalu-alukan kehadiran saya.

“Memandangkan saya diterima dengan baik, jadi kami sama-sama bersetuju melanjutkan peranan serta penyertaan saya di slot Bekpes Hot hingga hujung tahun ini.

“Saya berharap Hot FM secara keseluruhannya menjadi stesen radio pilihan anda semua,” kata KJ.

Pada 15 Februari lalu, MPA mengumumkan Hot FM merekodkan peningkatan 75 peratus pendengar dalam tempoh sejam melalui penstriman langsung digital Hot FM di hotfm.audio dan aplikasi Audio+, berikutan penangan hari pertama KJ melapor diri sebagai penyampai di stesen radio popular itu.

-Berita Harian

Tags: hotfmKJkontrak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Berlinang Air Mata Tunggu Kepulangan Hawari

Next Post

Jenazah Awang Askandar Dijangka Dibawa Turun Esok

Related Posts

Lima Ditahan Kes Rasuah Kontrak Bersih Kapal Tangki

Lima Ditahan Kes Rasuah Kontrak Bersih Kapal Tangki

06/08/2024
0

Kuala Lumpur : Lima lelaki ditahan berhubung dakwaan rasuah membabitkan kontrak pembersihan kapal tangki bernilai RM15.3 juta, semalam. IKUTI CHANNEL...

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

29/03/2024
0

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis selepas nombor kad pengenalannya digunakan pihak lain dalam Pangkalan Data Utama...

Next Post
Jenazah Awang Askandar Dijangka Dibawa Turun Esok

Jenazah Awang Askandar Dijangka Dibawa Turun Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd