• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Terus Didesak Jelaskan Rasional Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
K’jaan Terus Didesak Jelaskan Rasional Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan digesa menjelaskan keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan penting yang membenarkan Jill Ireland – individu bukan Islam dari Sarawak – menggunakan kalimah “Allah”.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata penjelasan daripada menteri dalam negeri dan perdana menteri sangat penting dalam meredakan kegelisahan masyarakat Islam sekarang.

“Mengapa kes itu tidak dibenarkan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan?” soal ahli parlimen PKR itu dalam kenyataan hari ini.

Hassan merujuk keputusan Putrajaya tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.

Tindakan itu mendapat tindak balas negatif daripada pelbagai kumpulan dan tokoh tempatan.

Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (Macsa) misalnya menyifatkan ia sebagai “kejutan dan kekecewaan yang besar”.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman oleh Ireland – seorang Kristian Melanau – yang memohon pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak menggunakan perkataan “Allah” untuk tujuan agama dan pendidikan.

Kerajaan kemudian mengemukakan permohonan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi berkenaan.

Sementara itu Hassan turut mempersoalkan apakah rasional untuk Putrajaya menarik balik rayuan berkenaan.

“Adakah keputusan menarik balik rayuan tersebut dibuat secara yang betul, berniat baik, tidak menyalahi undang-undang pentadbiran?

“Tidakkah peruntukan undang-undang Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan Islam terletak dalam bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu?” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Pemuda Umno Johor turut melahirkan kebimbangan sama.

Ketuanya Noor Azleen Ambros berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara masih belum menjelaskan asas-asas serta justifikasi di sebalik keputusan menarik balik rayuan tersebut.

“Sewajarnya, proses serta prosedur rayuan wajar diteruskan berlangsung bagi memastikan segala khilaf dan kekurangan yang mungkin telah dibuat oleh mahkamah tinggi dalam penghakimannya sebelum ini dapat diperbetulkan di Mahkamah Rayuan.

“Ini bagi memastikan keadilan mengenai isu ini betul-betul diperolehi.

“Tindakan menarik balik rayuan yang telah difailkan adalah satu duluan buruk (bad precedence). Lebih-lebih lagi ianya melibatkan kes dan isu sensitif yang melibatkan martabat, kedudukan dan kesucian Islam,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Dakwanya peluang untuk semua pihak mendapatkan keadilan dalam isu tersebut sudah tertutup apabila rayuan ditarik balik oleh pihak kerajaan.

“Siapakah akan bertanggungjawab sekiranya isu ini masih meleret dan dijadikan asas oleh puak-puak ekstremis.

“Kerajaan perlu ada akauntabiliti terhadap apa jua tindakan susulan daripada keputusan terbaru ini.

“Untuk itu, adalah wajar pihak KDN dan Peguam Negara menjelaskan kepada semua secara tuntas akan keputusan yang telah pihak kerajaan buat mengenai perkara ini pada kadar yang segera,” ujarnya.

-Malaysia Kini

Tags: KerajaanKes Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd