• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Pernah Ditawar Jawatan MPT Bersatu

oleh AK-47
17/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
KJ Pernah Ditawar Jawatan MPT Bersatu
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kepada bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), yang juga Presiden Bersatu itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada Umno, pada Januari lalu.

Beliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan BERSATU, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

“Saya dan dia (Khairy) sudah berbincang hal ini agak lama, sejak dia dipecat. Ketika itu dia ajak saya berjumpa dan berbincang secara terbuka mengenai hala tuju dan ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang berkaliber.

“Sebenarnya, dia tak mohon untuk masuk (Bersatu) tetapi saya tawar dia menyertai. Tawaran masih ada dan saya ada bertanya lagi (perkembangan menyertai Bersatu) ketika dia menghadiri rumah terbuka saya tempoh hari.

“Khairy bagaimanapun belum memberi sebarang keputusan. Saya rasa tak mengapa, kita tak mahu menggesa dia tetapi harapan BERSATU adalah dia menyertai kita dan bantu membina kekuatan parti,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin, yang juga Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) merasmikan Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0.

Khairy bersama isterinya, Nori Abdullah, baru-baru ini, dilapor menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) di Bukit Kiara, Sabtu lalu.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menjelaskan, Khairy tidak mengemukakan sebarang permintaan khusus, jika mahu bekas Ketua Pemuda Umno itu menyertai Bersatu.

Beliau juga antara lain mengakui tidak menawarkan jawatan Menteri Besar di mana-mana negeri yang mungkin dimenangi PN, pada PRN yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“Khairy terbuka (dengan tawaran menyertai BERSATU) dan pada masa sama menjelaskan, tiada ‘game changer’. Dia bersedia untuk tidak memiliki jawatan jika menyertai BERSATU dan tak mengemukakan sebarang tuntutan dan ini adil. Dia tahu selok-belok politik.

“Hal seperti ini biasa dibincangkan antara pimpinan dan tiada apa-apa yang mahu diselindungkan. Cuma, Bersatu ada dua kekosongan dalam MPT, namun ini bukan umpan untuk dia menyertai parti. Saya biarkan dia tentukan keputusannya sendiri,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BERSATUKJMPT Bersatu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembantu Kedai Didenda RM5,000 Miliki Gambar, Video Lucah

Next Post

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Related Posts

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

03/11/2024
0

Kota Bharu : Tiga daripada 14 bahagian BERSATU di Kelantan tidak dapat mengadakan pemilihan parti semalam disebabkan bahagian berkenaan digantung...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

07/08/2024
0

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada...

Next Post
Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd