• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kevin Lam CEO Baharu Hong Leong Bank

oleh Mohd Arshad
15/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kevin Lam CEO Baharu Hong Leong Bank
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd (HLBB) melantik Kevin Lam Sai Yoke sebagai Pengarah Urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata Lam akan menggantikan Domenic Fuda, yang akan bersara daripada jawatan yang sama berkuat kuasa 30 Jun 2023.

Ia berkata, Lam mempunyai pengalaman yang luas dalam perbankan, teknologi dan kepimpinan selama lebih 30 tahun merentas bank serantau dan antarabangsa di beberapa negara.

“Sebelum menyertai HLBB, Lam berkhidmat sebagai ketua perbankan digital kumpulan TMRW United Overseas Bank Ltd (UOB) untuk pasaran serantau utamanya yang berpangkalan di Singapura.

“Beliau (sebelum ini) bekerja di pelbagai pasaran ASEAN selama sedekad, termasuk di Jakarta sebagai Presiden Pengarah UOB Indonesia dan di Kuala Lumpur, beliau mengetuai perkhidmatan kewangan peribadi di UOB Malaysia dan kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Ketua pegawai Eksekutif, menyelia perniagaan perbankan borong dan teknologi serta operasi (segmen),” katanya.

Sementara itu, HLBB berkata ia mengucapkan terima kasih kepada Fuda atas kepimpinan dan pencapaiannya serta mendoakan kejayaannya dalam memulakan fasa seterusnya dalam hidupnya.

Bank itu berkata, Fuda telah menerajui pertumbuhannya dengan memberikan tumpuan utama kepada penyelesaian yang mengutamakan pelanggan, teknologi dan pelaburan digital serta kemampanan sebagai tonggak strategik untuk pertumbuhan semasa dan masa depannya.

Ia berkata, di bawah kepimpinan Fuda, bank itu telah melalui transformasi saluran penyampaian, pematuhan yang kukuh dan asas pengurusan risiko, inisiatif strategik peneraju industri bagi memenuhi agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta menerajui metrik kewangan terkemuka dalam produktiviti dan pulangan yang konsisten.

Mengulas mengenai pengumuman itu, Fuda berkata beliau telah mendapat keistimewaan untuk menerajui HLBB melalui tempoh transformasi digital dan teknologi yang ketara, perubahan dalam keutamaan dan keperluan pelanggan serta pandemik yang tidak pernah berlaku sebelum ini, di samping terbabit dalam peringkat awal perjalanan mencapai matlamat ESG/kemampanan.

Bernama-

Tags: CEOHong Leong BankKevin Lam Sai Yoke
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Hilang Dipercayai Dibaham Buaya Ditemukan Maut

Next Post

3 Maut, 13 Cedera Akibat Taufan Mocha

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Bekas CEO Dihukum Penjara 2 Tahun, Denda RM1.3 Juta

Bekas CEO Dihukum Penjara 2 Tahun, Denda RM1.3 Juta

13/12/2024
0

Ayer Keroh : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dijatuhi hukuman penjara dua tahun...

Next Post
3 Maut, 13 Cedera Akibat Taufan Mocha

3 Maut, 13 Cedera Akibat Taufan Mocha

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd