• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerosakan 36 Sekolah Akibat Ribut Dinilai Untuk Pembaikan Segera – KPM

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerosakan 36 Sekolah Akibat Ribut Dinilai Untuk Pembaikan Segera – KPM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan pembaikan segera 36 sekolah yang terkesan dengan kejadian ribut yang melanda beberapa lokasi sekitar Lembah Klang pada Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

KPM melalui kenyataan berkata, ia membabitkan 27 sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan lagi di Selangor.

Katanya, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melakukan penilaian lanjut kerosakan berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

“JKR kemudian akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM, dengan penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera.

“JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Jumaat lalu, ribut melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dengan sekurang-kurangnya 15 sekolah sekitar ibu kota dilapor mengalami kerosakan.

Hujan lebat serta ribut berlaku sejak petang menyebabkan pokok tumbang di beberapa lokasi di sekitar ibu kota sehingga merosakkan kenderaan, rumah dan menghalang laluan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur turut dilapor menerima laporan berkaitan pokok tumbang di 19 lokasi sekitar ibu negara hingga jam 8.12 malam.

BHonline-

Tags: kerosakan sekolahKPM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sejauh mana dasar keselamatan dan antibuli Kementerian Pendidikan...

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd