Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Penjual Aiskrim Terkejut Miliki...

PENJUAL aiskrim warga Pakistan yang selama ini hidup dalam kemiskinan terkejut apabila dimaklumkan...

Geng ‘Gagak Rimba’ Tumpas,...

ALOR SETAR - Polis menumpaskan kumpulan dikenali sebagai 'Gagak Rimba' yang aktif mencuri...

AS Turunkan Penarafan Keselamatan...

KUALA LUMPUR/WASHINGTON - Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menurunkan penarafan keselamatan ruang...

VIDEO: Penunggang Basikal Terselamat...

SANGAT bertuah. Itulah yang dapat kami andaikan mengenai nasib seorang penunggang basikal selepas...

Kerajaan Akan Nilai Semula Upah Dan Gaji Penjawat Awam – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui upah (gaji) penjawat awam terutama di peringkat rendah dan menengah pada waktu ini berada pada kadar tidak munasabah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, beliau secara dasarnya bersetuju agar upah dan gaji penjawat awam dinilai semula.

“Ini jaminan dan komitmen yang saya akan berikan. Bagaimanapun, semua kena faham bahawa kita (Kerajaan Perpaduan) mengambil alih kerajaan dalam keadaan hutang yang sangat parah.

“Jika kita mahu hasil negara bertambah, kita kena hapuskan perasuah dan amalan rasuah di negara ini. Saya mahu pekerja bangkit bersama saya dan menentang amalan rasuah,” katanya ketika menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023, di sini hari ini.

Katanya, beliau mahu diberi peluang selama setahun dan jika trend pertumbuhan hasil negara meningkat, maka, perkara pertama difikirkan adalah meningkatkan upah penjawat awam.

Anwar berkata, segala bonus dan kemudahan lain termasuk kesihatan dan pendidikan akan turut dibantu dan disegerakan.

“Apabila saya bercakap soal elakkan pembaziran sebenarnya penjimatan itu kita pulangkan balik kepada pekerja.


“Justeru, saya berpendapat bahawa kerajaan harus dan perlu meningkatkan upah pekerja swasta dan awam di negara ini,” katanya.

Pada masa sama, katanya, beliau juga mahu badan pekerja seperti Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diuruskan dengan lebih cekap.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pelaksanaan gaji mininum di negara ini juga sukar dilaksanakan dengan baik.

“Saya dengar pelaksanaan gaji minimum sukar dan wujud hiruk-pikuk. Saya mengarahkan agar perbincangan gaji mininum itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet bulan depan,” katanya.

Pada majlis sama, Anwar turut mengumumkan dana RM1 juta masing-masing kepada MTUC dan CUEPACS bagi memperkemaskan pengurusan badan supaya lebih cekap.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori