Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

LGE Nafi P.Pinang Peroleh...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan...

Hampir Seluruh Kuala Lumpur...

TIADA pertambahan zon merah setakat ini dan Lembah Pantai masih menjadi kawasan tertinggi...

Temui Mayat Warga Myanmar...

KUANTAN – Mayat seorang warga Myanmar yang dilapor tergelincir ke dalam kolam takungan...

Majikan Diharap Beri Keutamaan...

MARAN - Majikan di Malaysia diharap memberikan keutamaan menggaji rakyat tempatan khususnya golongan...

Kakitangan Kerajaan Rugi RM852,000 Diperdaya ‘Phone Scam’

KOTA BHARU: Seorang seorang kakitangan kerajaan kerugian RM852,000 selepas menjadi mangsa penipuan melalui taktik ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai insurans, polis serta pegawai mahkamah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 50-an itu terlebih dahulu menerima panggilan daripada seorang wanita yang menyamar pegawai insurans dari Ampang, Selangor pada Januari lalu ketika berada di rumahnya di Kota Bharu.

Katanya, wanita terbabit mendakwa mangsa membuat tuntutan kos pembedahan tiga kali dalam tempoh singkat.

“Pada awal Februari, mangsa sekali lagi dihubungi syarikat insurans sama memaklumkannya terbabit kes penggubahan wang haram, dengan waran tangkap serta pembekuan akaun ke atasnya dikeluarkan.

“Ketika itu, panggilan disambungkan kepada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

“Mangsa kemudian diarah membuka akaun bank dan mendaftarkan nombor telefon diberikan suspek. Suspek meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) ke dalam akaun baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Selain itu, Muhamad Zaki berkata, suspek turut mengarahkan mangsa membuat pinjaman peribadi RM327,000 dengan sebuah bank sebelum memindahkan semua wang terbabit ke akaun baharu.

Beliau berkata, suspek memberitahu mangsa mahkamah memerlukan tiga bulan untuk memberikan keputusan rasmi kepadanya.

“Pada awal April, mangsa cuba mendaftar perbankan dalam talian untuk akaun baharunya itu tetapi gagal kerana ada pihak mendaftar menggunakan nombor akaun mangsa.

“Mangsa membuat semakan di bank berhampiran dan mendapati simpanan dalam akaun hanya berbaki RM48. Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam dan anggaran kerugian lebih kurang RM852,000,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori