Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

PM Terima Sijil Perakuan...

RASMI... Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini boleh tarik nafas lega setelah Pakatan...

Sambutan Hebat, Tempoh Serah...

KUALA LUMPUR - Penyerahan Perodua Axia dijangka mengambil masa yang lebih lama berikutan...

Katakan Tidak Kepada Perjanjian...

SINGAPURA - ASEAN perlu terus mengembangkan pasarannya dengan menyertai Perjanjian Perdagangan Bebas seperti...

Syarikat Telco Kerugian RM10...

HULU TERENGGANU - Syarikat telekomunikasi (Telco) terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun...

Rugi RM400,000 Diperdaya ‘Inspektor Hazizi’

IPOH: Seorang ahli perniagaan di Taiping mengalami kerugian RM418,200 akibat ditipu sindiket phone scam membabitkan modus operandi penyamaran pihak berkuasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan hari ini berkata polis menerima laporan berkenaan penipuan itu daripada seorang lelaki iaitu pengadu terbabit yang merupakan warga tempatan berusia 36 tahun, jam 4 petang semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa menerima panggilan telefon seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis bernama Inspektor Hazizi jam 10 pagi, pada 27 Februari lalu.

Suspek memberitahu mangsa bahawa namanya telah terlibat dengan kes jenayah, selain menghantar satu waran tangkap yang dikeluarkan atas nama mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

“Pengadu (mangsa) juga diberitahu oleh suspek bahawa dia telah membuat semakan dengan Bank Negara Malaysia dan mendapati pengadu mempunyai simpanan tetap di bank. Pengadu diarahkan untuk membuat penukaran daripada akaun simpanan tetap miliknya ke akaun simpanan biasa,” katanya.


Mohd Yusri berkata mangsa tidak pasti bagaimana suspek mendapat tahu maklumat akaun tetap miliknya kerana tidak pernah memberikan sebarang maklumat kepada suspek sebelum ini.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa agar melakukan pembayaran wang seperti yang diarahkan sekiranya mahu terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Oleh kerana dalam keadaan ketakutan dan cemas, pada 27 Februari hingga 26 Mac lalu, pengadu telah melakukan tujuh kali transasksi pindahan wang ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM418,200,” katanya menambah setelah sedar ditipu, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori