• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Palestin-Israel: Malaysia Tidak Boleh Bertindak Sendirian

oleh Mohd Arshad
15/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Palestin-Israel: Malaysia Tidak Boleh Bertindak Sendirian
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Malaysia akan meneruskan usaha menggembleng masyarakat antarabangsa, termasuk kuasa besar dunia untuk mengambil pendirian bersama dan tegas bagi menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Malaysia akan menggunakan pelbagai saluran antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN untuk memastikan pendirian yang sama dalam isu itu dapat dicapai.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak mampu menyelesaikan isu Palestin secara bersendirian, sebaliknya memerlukan sokongan semua pihak, terutamanya kuasa besar dunia bagi mengemukakan penyelesaian yang tuntas dalam isu Palestin.

“Kita perlu menggesa semua pihak kerana isu ini tidak boleh hanya dibangkitkan oleh Malaysia secara bersendirian, sebaliknya ia perlu secara bersama.

“Kami perlu terus menggembleng semua pihak, termasuk kuasa besar dunia, khususnya negara anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menyedari perkara ini dan menyelesaikannya.

“Malaysia akan meneruskan usaha ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk berbincang dengan semua pihak berkepentingan dan mencari penyelesaian terbaik. Kami akan teruskan, usaha ini tidak akan terhenti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum mengenai isu Palestin oleh 27 badan bukan kerajaan (NGO) di Wisma Putra di sini, hari ini.

Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Memorandum itu antara lain mendesak kerajaan mengambil pendirian mengenepikan model penyelesaian dua negara dalam isu pertikaian antara Palestin dan Israel; mengekalkan pendirian untuk tidak menormalisasi hubungan dengan Israel serta menggesa kerajaan menguar-uarkan jenayah aparteid yang dilakukan Israel di Palestin kepada warga dunia.

Mengulas lanjut, Zambry menegaskan Putrajaya kekal dengan pendirian mengecam pencerobohan Israel dan mengutuk kekejaman yang dilakukan rejim itu terhadap warga Palestin sejak sekian lama.

“Apa jua penyelesaian, ia perlu datang dan didesak oleh warga dunia, kerana matlamat akhirnya adalah memastikan penderitaan warga Palestin berakhir,” katanya.

Ditanya sama ada Perdana Menteri akan menyatakan pendirian yang lebih tegas dalam isu Palestin di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-78 pada September ini, Zambry berkata perkara itu akan diperhalusi.

“Kita akan teliti (keperluan menyatakan pendirian lebih tegas). Masih ada kira-kira empat bulan sebelum perhimpunan itu berlangsung, dan ada beberapa perkara perlu diketengahkan,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: Isu Palestin-IsraelMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd