• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kalimah Allah: PM Tegaskan Hanya Terpakai Di Sarawak

oleh Mohd Arshad
16/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Kalimah Allah: PM Tegaskan Hanya Terpakai Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Kebenaran penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama Kristian hanya terpakai di Sarawak dan bukan negeri-negeri lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu khusus dalam kes di Sarawak sahaja.

“Ini khusus dalam kes Sarawak, kita kena faham Sarawak dulu tidak terikat dengan keputusan negeri-negeri. Ia tidak boleh terpakai di Melaka, Pulau Pinang atau Selangor. Ini hanya khusus dalam kes di Sarawak yang sudah kita kalah awal.

“Kerana di Sarawak memang diputuskan oleh negeri itu sebegitu rupa, kita kena faham dengan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani anjuran Pertubuhan Prihatin Anak Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Bunga, Tanjung Minyak di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin; Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Tan Sri Razarudin Hussain.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, KDN dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Notis pemberhentian tersebut telah difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu.

Menurut notis berkenaan, KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

-Utusan Online

Tags: Isu Kalimah Allahpmsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd