Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kecam Serangan Pengganas...

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Sultanahmet, Istanbul pada Selasa yang...

Berpuasa Bukan Alasan Untuk...

KUALA LUMPUR - Berpuasa di bulan Ramadan tidak boleh dijadikan alasan bagi orang...

3,355 Pasangan Mohon ‘Bayi...

KUALA LUMPUR - Lebih 3,000 pasangan suami isteri memohon mendapatkan bayi yang diberi...

Anwar Akui Rafizi Bakal...

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui nama Ketua...

Isu Kalimah Allah, Kabinet Putuskan Kementerian Mana Diberi Tanggungjawab

KUALA LUMPUR : Kabinet yang akan memutuskan kementerian mana diberikan tanggungjawab bagi menguruskan isu berkait penguatkuasaan dan mempersembahkan cadangan kerajaan bagi menguatkuasa undang-undang berkaitan kalimah Allah .

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata seperti yang dinyatakan sebelum ini, perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet terlebih dahulu.

“Kabinet yang akan memutuskan kementerian mana yang diberikan tanggungjawab dan dimaklumkan selepas itu,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada diberi tanggungjawab untuk menguruskan cadangan yang bakal dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lalu.

Pada Rabu lalu, Anwar mengumumkan Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja bagi menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ secara menyeluruh dan bersepadu.

Katanya, kerajaan juga komited memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia.

Khamis lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Kabinet masih belum memutuskan pihak mana yang akan menyediakan draf kawal selia mengenai penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah.


“Kalau dari segi akta yang menjadi punca kuasa iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, akta itu di bawah kawal selia KDN.

“Namun, siapa yang akan sepatutnya sediakan rencana komprensif itu akan ditentukan oleh Kabinet kelak,” katanya.

Mohd Na’im menjelaskan koordinasi dengan mana-mana kementerian berhubung isu itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet terlebih dulu dan akan dimaklumkan perinciannya nanti.

Mengenai sama ada akan diadakan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) isu kalimah Allah itu, katanya perkara itu juga akan diperincikan selepas mesyuarat Kabinet.

“Apa pun Jemaah Menteri sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja dan perkara itu adalah tertib dan lunas yang sebaiknya,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori