• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Laksana Hukuman Mati Ke Atas Ketua Pemerdagangan Manusia

oleh Mohd Arshad
20/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Iran Laksana Hukuman Mati Ke Atas Ketua Pemerdagangan Manusia
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang disabitkan bersalah mengetuai kumpulan pemerdagangan manusia dan aktiviti pelacuran.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut badan kehakiman negara itu, hukuman tersebut dilaksanakan sehari selepas kerajaan menggantung tiga lelaki yang dikaitkan dengan tunjuk perasaan dicetuskan akibat kematian Mahsa Amini.

“Selepas pengesahan hukuman terhadap Shahrouz Sokhanvari atau dikenali sebagai Alex di Mahkamah Agung, dia dihukum gantung pagi ini,” jelas laman sesawang Mizan Online.

Menurut laman sesawang itu, Sokhanvari didakwa atas tuduhan ‘menyebarkan rasuah’ kerana ‘menubuhkan dan menguruskan rangkaian pelacuran yang luas di peringkat antarabangsa sehingga menarik minat gadis Iran dan warga asing.

Badan kehakiman memaklumkan banduan itu pernah meninggalkan Iran pada tahun 1983 dan dilaporkan tinggal di beberapa negara termasuk India, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ukraine dan Amerika Syarikat (AS) sebelum pihak berkuasa menahannya ketika berada di luar negara dan membawanya kembali ke Iran pada 2020.

Bagaimanapun, badan kehakiman itu tidak mendedahkan maklumat lanjut termasuk nama negara tertuduh ditahan mahupun proses yang membawa kepada penahanannya.

Hukuman mati Sokhanvari berlaku sehari selepas Iran menggantung tiga lelaki yang didapati bersalah melancarkan protes dengan menembak mati tiga anggota pasukan keselamatan ketika demonstrasi di pusat bandar Isfahan pada 16 November tahun lalu.

Hukuman mati yang dilaksanakan itu mendapat kecaman hebat dari Barat dan kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di luar republik itu.

Iran menyaksikan gelombang protes di seluruh negara berikutan kematian Amini pada 16 September tahun lalu, seorang gadis Kurdish Iran yang ditahan kerana didakwa melanggar kod pakaian wanita untuk negara Islam itu.

Berdasarkan kumpulan hak asasi manusia Iran yang berpangkalan di Norway, sejak awal tahun ini, Iran sudah melaksanakan hukuman mati membabitkan lebih 220 orang.

UtusanOnline-

Tags: hukuman matiIranKetua Pemerdagangan Manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd