• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Rundingan Bersejarah, PH-UMNO Pulau Pinang Setuju Tak Lawan Sesama Sendiri

oleh Mohd Arshad
02/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Hasil Rundingan Bersejarah, PH-UMNO Pulau Pinang Setuju Tak Lawan Sesama Sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Pakatan Harapan (PH) dan UMNO Pulau Pinang sudah mencapai kata sepakat untuk memastikan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri, dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Persetujuan itu dicapai kedua-dua pihak dalam perbincangan yang berlangsung semalam, yang memberi tumpuan kepada rundingan kerusi majoriti Melayu yang bakal ditandingi di Pulau Pinang.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang diberi mandat mengumumkan hasil rundingan itu, berkata kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat supaya tidak menentang di antara satu sama lain dalam PRN kelak.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama kerana kita tidak mahu melihat pertandingan di antara kita dan tujuan kedua-dua belah pihak adalah untuk mencapai kemenangan besar untuk PH dan BN dalam PRN akan datang.

“Mesyuarat semalam kita fokus kepada kerusi majoriti Melayu sahaja…dikatakan ada 15 kerusi tetapi apa yang diminta pada peringkat rundingan dalaman ini kita masih belum sedia untuk umum,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, susulan rundingan semalam juga, empat kerusi yang dikosongkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU turut dianggap disandang oleh PH.

“Bagi PH, kita memang menegaskan prinsip yang ditetapkan oleh pimpinan pusat iaitu prinsip penyandang kekal bertanding kerusi sedia ada.

“Namun, kedua-dua pihak turut bersetuju melihat kriteria lain, selain daripada prinsip itu apabila berada dalam keadaan yang perlu berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, rundingan itu akan menjadi proses berterusan yang boleh dilanjutkan sehingga beberapa pusingan lagi, sehingga pengagihan semua kerusi dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Kon Yeow menyifatkan sesi rundingan selama kira-kira sejam membabitkan enam wakil PH dan enam wakil UMNO tu adalah satu pertemuan bersejarah dan berlangsung dalam keadaan aman, selesa dan semangat yang baik.

“Jadi kita menyifatkan ini satu kejayaan tapi belum memuktamadkan kerusi dan kita bersetuju dengan prinsip serta sudah mendengar dan melihat sejauh mana permintaan masing-masing.

“Kita juga menegaskan bahawa kita tiada banyak masa jadi perbincangan secara dalaman boleh dilakukan secara kerap sebelum balik ke meja rundingan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pertemuan itu, UMNO diwakili Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Timbalan Pengerusi, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin; Setiausaha, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah; Bendahari, Datuk Jeffri Salim, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar dan Pengerusi Jabatan Pilihanraya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Manakala PH pula diwakili Kon Yeow selaku Pengerusi PH negeri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mewakili Timbalan Pengerusi 1, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Pengerusi 2, Datuk Dr Roslan Ahmad, Setiausaha, Lim Hui Ying; Bendahari, Goh Choon Aik dan Pengarah Komunikasi dan Penerangan, Dr Zaidi Zakaria.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH memenangi 37 kerusi, termasuk kerusi-kerusi DUN daripada BERSATU yang ketika itu masih menjadi sebahagian daripada PH.

BN pula hanya menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala PAS mempunyai satu kerusi iaitu Penaga.

BHonline-

Tags: PHPRNPulau PinangUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selangor Terima RM56 Juta Imbuhan Tahunan, Elaun Guru KAFA

Next Post

‘Bayi Baru Lahir, Dibuang Di Tempat Pembuangan Sampah’

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post
‘Bayi Baru Lahir, Dibuang Di Tempat Pembuangan Sampah’

'Bayi Baru Lahir, Dibuang Di Tempat Pembuangan Sampah'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd