Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Dzulkifli Harap Kerjasama, Sokongan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk...

Rumah Terbuka Deepavali MIC...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Deepavali, MIC menjemput masyarakat berbilang kaum negara ini...

Gadis Gujarat Miliki Rambut...

GANDHINAGAR, India – Seorang remaja perempuan dari negeri Gujarat, India diiktiraf sebagai pemilik...

127 Positif Covid-19 Akibat...

KUALA TERENGGANU - Rentas negeri sebelum Aidilfitri, melakukan ziarah serta kunjung mengunjung punca...

Harga Petrol, Diesel Kekal Bagi Tempoh 25 Hingga 31 Mei

KUALA LUMPUR – Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 25 hingga 31 Mei ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kenyataan pada Rabu, MOF memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.


Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori