• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Mudah Nak Tumbangkan Kerajaan – Tok Mat

oleh Mohd Arshad
02/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Bukan Mudah Nak Tumbangkan Kerajaan – Tok Mat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Sebarang usaha untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan perkara yang mudah seperti yang disangkakan pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam perkara itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Kerajaan Perpaduan yang sedang mentadbir kerajaan telah dibentuk dengan sokongan majoriti dua pertiga selain Akta Anti Lompat Parti 2023 juga telah berkuat kuasa.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, Barisan Nasional tidak mengetahui mengenai adanya usaha atau pembabitan Ahli Parlimen mereka untuk memporak-perandakan kerajaan sedia ada.

“Itu laporan yang dibuat pada setakat hari ini setahu saya bagi pihak BN kami tidak ada apa-apa usaha atau apa-apa ura-ura dilakukan untuk memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana itulah janji yang telah kita berikan semasa menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU). Bukan saja PRU tapi di Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor bahawa kita memerlukan kestabilan demi kemakmuran bersama.

“Lagipun itu terpulang kepada ahli Parlimen masing-masing namun sekarang Akta Anti Lompat Parti 2023 sudah berkuat kuasa selepas diluluskan di Parlimen, Mac lalu dan kamu tak boleh simply walk away’ (keluar) dan tak menyokong kerajaan serta mahu menyokong parti lain (usaha jatuhkan kerajaan sedia ada) kerana ia bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam sidang media Majlis Rumah Terbuka Kementerian Pertahanan, hari ini.

Beliau mengulas spekulasi yang mengatakan Perikatan Nasional (PN) sedang terbabit usaha untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai ketua kerajaan dan membentuk kerajaan baharu.

Katanya, seseorang Ahli Parlimen perlu meletak jawatan jika mahu keluar dan menyokong parti lain serta perlu diadakan PRK namun bukan mudah untuk menang kembali kerusi berkenaan.

“Lagipun, kerajaan kini sudah ada 148 majoriti dua pertiga sokongan dan untuk ditumbangkan adalah satu perkara yang saya rasakan agak susah,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, buat masa ini BN terus memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan.

Ia adalah pendirian gabungan berkenaan sejak beberapa tahun lalu bagi menjamin kestabilan politik dalam menguruskan negara.

“Kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memporak-perandakan kerajaan Perpaduan sedia ada kerana itulah janji kami kepada rakyat dalam beberapa pilihan raya negeri lalu dan juga PRU bahawa kita memerlukan satu kerajaan yang stabil malah parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, telah pun bersetuju dan ada perjanjian untuk bekerjasama bagi memastikan pentadbiran kerajaan diberikan keutamaan.

“Kita sudah ketinggalan hampir lima tahun selepas PRU14. Negara kita dalam keadaan terumbang ambing disebabkan oleh kerajaan ditubuhkan tidak ada majoriti yang baik. Sekarang ini kerajaan kita usahakan duduk bersama untuk menguruskan negara.

“Sekarang BN dengan semua parti gabungan lain ada perjanjian dan bersetuju untuk memastikan manifesto yang kita janji PRU lepas ditunaikan kepada rakyat dan itu fokus utama kami ketika ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: KerajaanTok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd