• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azam Akan Perjelas Isu Salah Laku Kakitangan Kementerian Pengangkutan

oleh Mohd Arshad
11/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Azam Akan Perjelas Isu Salah Laku Kakitangan Kementerian Pengangkutan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Tan Sri Azam Baki memaklumkan, pertemuan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bagi menjelaskan mengenai laporan salah laku membabitkan kakitangan kementerian itu dan agensinya yang tidak diendahkan, akan diadakan dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beliau bersedia memberi penjelasan perkara terbabit secara terperinci kepada menteri berkenaan.

“Saya akan berjumpa dengan menteri berkenaan, temu janji akan dibuat dalam tempoh terdekat ini. Saya bersedia untuk menjelaskan perkara-perkara itu secara terperinci isu tentang laporan yang tidak diambil tindakan itu

“Laporan itu adalah berhubung cadangan SPRM berkaitan salah laku pegawai kerajaan sesuatu jabatan atau kementerian.

“Jadi yang saya keluarkan itu lebih 500 (laporan) statistik adalah sepanjang tahun-tahun sebelumnya, bila laporan itu tidak diambil tindakan dengan serius oleh kebanyakan jabatan.

“Itu yang saya tegur. Jadi Kementerian Pengangkutan adalah di antara yang terbabit, jadi saya bersedia berjumpa menteri berkenaan untuk menjelaskan isu itu,” katanya ketika ditemui media di Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, di sini hari ini.

Sebelum ini New Straits Times melaporkan pendedahan Azam, bahawa ada antara agensi kerajaan tidak mengendahkan laporan salah laku membabitkan kakitangan masing-masing walaupun suruhanjaya itu mengesyorkan supaya tindakan diambil.

Malah, katanya lebih 500 laporan salah laku yang sebahagiannya dikemukakan 12 tahun lalu masih belum diambil tindakan oleh ketua jabatan termasuk membabitkan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan SPRM masih menunggu tindakan susulan daripada agensi kerajaan berkenaan.

Susulan itu, Loke memaklumkan akan bertemu SPRM bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendedahan salah laku kakitangan agensi di bawah kementeriannya yang tidak diendahkan.

Loke berkata, setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara terbabit dan memandang serius apa yang didedahkan Azam itu.

BHonline-

Tags: Menteri PengangkutanSPRMTan Sri Azam Baki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bicara Kes AMLA Dan Elak Cukai Rosmah Didengar Esok

Next Post

PRN: ‘BN Belum Muktamad Parti Sekutu Guna Logo Dacing’

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post
PRN: ‘BN Belum Muktamad Parti Sekutu Guna Logo Dacing’

PRN: 'BN Belum Muktamad Parti Sekutu Guna Logo Dacing'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd