• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Tindakan Segera Terhadap Telegram – Zahid

oleh Mohd Arshad
29/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ambil Tindakan Segera Terhadap Telegram – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diminta mengambil tindakan segera terhadap platform pemesejan, Telegram yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara berkait pelbagai isu keselamatan siber, termasuk penipuan dalam talian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah susulan termasuk bertemu pihak Telegram perlu dibuat, malah usaha untuk bekerjasama dalam isu berkaitan juga perlu disokong semua pengguna aplikasi berkenaan.

“Jika ada negara atau negeri di bawah tata kelola tertentu telah mengharamkan saluran tertentu umpamanya, maka saya berpendapat jika ianya merosakkan masyarakat, hendaklah diambil tindakan segera.

“Biarpun (kegunaan) aplikasi Telegram ini tidak sebanyak aplikasi lain, kesan negatif yang wujud dari bahan-bahan dipergunakan itu cukup merosakkan.

“Apabila pengendali saluran tidak mahu bekerjasama dengan menteri atau pegawai KKD atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya rasa langkah susulan mesti dilakukan,” katanya.

Memberitahu pemberita demikian selepas Majlis Pelancaran Jerayawara Program Advokasi Antigangguan Seksual, di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata, negara ini mempunyai sistem perundangan biarpun ada penjanjian atau protokol dalam melayani semua saluran media sosial.

“Biarpun kita mempunyai perjanjian atau protokol untuk melayani semua saluran media, perkara yang bukan sahaja soal perundangan tapi bahan yang terkandung dan tersebar dalamnya harus dikenakan pencegahan,” katanya.

Terdahulu pada Sabtu lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan, Telegram masih gagal untuk bertemu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara walaupun sudah beberapa kali dipanggil oleh KKD pada tahun ini.

Katanya lagi, pihaknya sudah bertemu dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan platform media sosial yang lain kecuali Telegram, yang dilihat enggan bekerjasama.

Pertemuan mahu diadakan itu susulan aduan dan laporan yang diterima daripada pelbagai pihak berhubung pelbagai isu keselamatan siber, penipuan, pornografi dan penjualan barangan terlarang di Telegram ketika ini, cukup membimbangkan.

Semalam, Telegram memaklumkan enggan bekerjasama dengan KKD kerana aplikasi pemesejan itu tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang bentuk penapisan berkaitan politik.

Jurucakapnya, Remi Vaughn dipetik berkata, aplikasi itu secara aktif mengawal kandungan berbahaya pada platformnya, termasuk penjualan bahan haram dan pornografi sejak dilancarkan.

Platform itu juga memantau secara proaktif bahagian umum di aplikasinya, selain menerima laporan pengguna menerusi aplikasi itu sendiri serta e-mel di [email protected] untuk mengalih keluar kandungan yang melanggar syarat perkhidmatannya.

-Berita Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiTelegramTindakan Segera
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peruntukan RM20 Juta Bina Litar Lumba Drag Tak Pernah Diluluskan Parlimen

Next Post

Blok Wanita, Kanak-Kanak HTAA Dijangka Dibina Bermula Jun

Related Posts

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

25/08/2024
0

MOSCOW - Selepas pengasas Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis, usahawan Amerika Syarikat (AS), Elon Musk dengan nada sinis meramalkan...

Next Post
Blok Wanita, Kanak-Kanak HTAA Dijangka Dibina Bermula Jun

Blok Wanita, Kanak-Kanak HTAA Dijangka Dibina Bermula Jun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd