• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 13 Cedera Akibat Taufan Mocha

oleh Mohd Arshad
15/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
3 Maut, 13 Cedera Akibat Taufan Mocha
Share on FacebookShare on Twitter

MYANMAR: Sekurang-kurangnya tiga mangsa terbunuh, 13 lagi cedera manakala lebih 1,000 bangunan mengalami kerosakan akibat Taufan Mocha yang melanda barat Myanmar, lapor media tempatan hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, kem pelarian untuk golongan Muslim Rohingya dari Myanmar yang terletak di tenggara Bangladesh itu terselamat daripada ribut berkenaan walaupun banyak pondok buluh mengalami kerosakan, kata penduduk di wilayah itu.

Daerah Rakhine itu dilanda ribut dengan kelajuan angin sehingga 210 kilometer sejam (km/j) dan menerbangkan bumbung rumah dan serta gelombang ribut yang membanjiri ibu kota wilayah Sittwe, semalam.

Lebih 850 kediaman, 64 sekolah dan 14 fasiliti kesihatan serta tujuh menara telekomunikasi di Myanmar musnah atau rosak disebabkan ribut berkenaan, yang menjadi antara bencana alam paling buruk sejak bertahun lalu, lapor saluran berita milik tentera, Myawaddy TV.

Jurucakap junta tidak segera menjawab panggilan telefon untuk Reuters mendapatkan maklum balas.

Jurucakap pasukan militia Tentera Arakan di Rakhine State berkata pihaknya menggunakan peralatan komunikasinya sendiri bagi mengumpul maklumat mengenai kesan ribut itu kerana rangkaian awam tidak berfungsi.

Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) berkata kira-kira enam juta orang di rantau ini memerlukan bantuan kemanusiaan sebelum berlakunya ribut, termasuk 1.2 juta orang yang kehilangan tempat tinggal akibat persengketaan etnik.

Pegawai OCHA sedang menilai kerosakan kem dan pusat pemindahan untuk pelarian, yang terletak berhampiran pantai, kebanyakannya pondok diperbuat daripada buluh, kata seorang jurucakap.

Pada 2008, Taufan Nargis melanda bahagian selatan Myanmar dan membunuh hampir 140,000 orang.

Sebelum Taufan Mocha melanda petang semalam, kira-kira 400,000 orang dipindahkan di Myanmar dan Bangladesh, ketika pihak berkuasa dan agensi bantuan bertungkus-lumus mengelak berlakunya kemalangan jiwa.

Majoriti bangunan di Sittwe rosak, termasuk hospital utama yang kehilangan bahagian bumbungnya, kata seorang penduduk melalui telefon .

BHonline-

Tags: mautMyanmarTaufan Mocha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd