• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Sokong Penuh Onn Hafiz Terus Jadi MB

oleh Mohd Arshad
01/04/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Johor Sokong Penuh Onn Hafiz Terus Jadi MB
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : UMNO Johor menzahirkan sokongan penuh kepada kepemimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden, berkata UMNO Johor mengakui kerajaan sedia ada adalah kerajaan dibentuk parti itu.

“Oleh itu, UMNO Johor menzahir sokongan kepada pimpinan negeri diterajui Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Kita mengakui kerajaan sedia ada adalah kerajaan dibentuk UMNO dan kerajaan sedia ada juga menerima hakikat, bahawa tanpa UMNO mereka tiada di situ.

“Bagaimanapun kedua-dua pihak perlu ada persefahaman pendekatan yang strategik kerana kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa kita adalah parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Untuk itu, kita akan lihat secara lebih mendalam bagaimana kita perlu lakukan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Johor, di Bangunan Perhubungan UMNO, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Khamis lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkam memberi jaminan, penubuhan Kerajaan Perpaduan seperti yang berlaku di Melaka, tidak mungkin berlaku di negeri lain, termasuk Johor.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan termasuk di Johor.

Katanya, ia berikutan spekulasi sebegitu tidak baik untuk kestabilan politik di peringkat nasional, apatah lagi negeri.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, UMNO Johor dan kerajaan Johor bersetuju membentuk sekretariat bersama.

Katanya, ia bagi pihak UMNO Johor ia akan diwakili Setiausaha (Datuk Abdul Hakim Suleiman), Bendahari (Datuk Zulkarnain Kamisan) dan Ketua Penerangan (Datuk Md Jais Sarday).

“Bagi kerajaan Johor pula ia akan diwakili Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor; dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Hairi Mad Shah.

“Mereka semua akan berbincang perkara yang perlu untuk mengukuhkan kedudukan parti dan kerajaan untuk bantu supaya kerajaan dapat lakukan perkara yg dapat bawa kebaikan, kesejahteraan dan kemajuan rakyat,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, UMNO Johor juga bersetuju berusaha meningkat dan mengembalikan kepercayaan dan memulihkan keyakinan orang Melayu khususnya terhadap UMNO di Johor dan negara.

Oleh itu katanya, UMNO perlu mengembalikan kesatuan dalam parti danmenyokong kepimpinan yang mendapat mandat sama ada akar umbi terhadap bahagian dan bahagian terhadap pimpinam tertinggi UMNO.

“Adalah penting jika mahu jayakan usaha itu, kita perlu miliki nilai yang yang sama iaitu sayang pada parti dan memahami kerjasama dan perpaduan itu adalah asas paling pokok dan penting membawa kepada kekuatan parti untuk bergerak sebagai satu pasukan.

“Selepas melalui pemilihan parti maka inilah masa untuk bekerja. Sudah habis masa berpolitik supaya kita dapat lakar rancangan dan gerakkan parti secara berprestasi dan kelihatan supaya dapat beri sumbangan bermakna melalui pendekatan terkini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: mbOnn HafizUMNOUMNO Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd