• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Petir Diramal Berlaku Di Kebanyakan Negeri Esok

oleh Mohd Arshad
20/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ribut Petir Diramal Berlaku Di Kebanyakan Negeri Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ribut petir dari pagi hingga petang diramal berlaku esok di satu dua tempat membabitkan kawasan pedalaman dan pantai di Semenanjung Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan negeri terbabit ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Sarawak, ia membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah (Pantai barat, Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Kudat).

Pada sebelah malam pula, ribut petir dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan) dan satu dua tempat kawasan pedalaman iaitu Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia berkata, pada Sabtu pula, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir dari sebelah pagi hingga malam.

“Sarawak (di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) juga mengalami cuaca sama hingga malam.

“Turut diramal mengalami ribut petir sehingga malam adalah di satu dua kawasan di Sabah iaitu Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan, Labuan, Tawau dan Kudat,” katanya.

Terdahulu, METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

BHonline-

Tags: MetMalaysiaRibut Petir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd