• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kedah Tumpas Kegiatan Edar Syabu, Heroin Bernilai RM214,288

oleh AK-47
20/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Kedah Tumpas Kegiatan Edar Syabu, Heroin Bernilai RM214,288
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Polis Kedah menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM214,288 dalam dua serbuan berasingan pada Selasa dan semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Balor Rambai, Mukim Bukit Tinggi, Jitra jam 3.20 petang pada Selasa lalu, menahan seorang lelaki di bilik pertama rumah terbabit.

“Hasil pemeriksaan dalam bilik itu, polis menemui sebuah beg kertas mengandungi lima bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 5,025 gram di atas lantai.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, pada 4 petang hari sama, polis menahan dua lelaki di dalam Toyota Alphard di tempat letak kenderaan, hadapan sebuah hotel di Kepala Batas, dekat sini.

“Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal tidak menjumpai apa-apa barang salah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Hassan berkata, polis turut merampas serangkai kunci yang terdapat lima batang anak kunci dari dalam kenderaan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, siasatan masih dilakukan terhadap ketiga-tiga lelaki berusia 30 hingga 47 tahun itu.

“Nilai rampasan dadah RM180,900 manakala nilai sitaan harta RM 343,500 termasuk kenderaan.

“Kesemua suspek itu direman selama tujuh hari sehingga 24 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya, semalam, polis melakukan serbuan kedua di kawasan tempat letak kereta di sebuah kedai makan berhampiran susur keluar Bukit Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, Jitra pada jam 4 petang.

Wan Hassan berkata, dalam cubaan menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Kia Cerato warna merah, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan memandu secara melulu dan cuba merempuh anggota.

Beliau berkata, suspek berusia 33 tahun itu juga bertindak merempuh dua kenderaan milik pasukan polis dan memandu kereta terbabit ke jalan utama Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan).

“Namun pada 7 petang hari sama, polis berjaya menahan suspek terbabit di kawasan belakang medan makan kawasan rehat dan rawat (R&R) Gurun (Arah Selatan), Gurun, di Kuala Muda.

“Hasil pemeriksaan fizikal menemui alat kawalan jauh kenderaan di dalam poket seluar yang dipakai suspek.

“Suspek kemudian menunjukkan kenderaan yang dinaikinya iaitu kereta Kia Cerato warna merah yang diletakkan di tempat letak kereta di kawasan itu,” katanya.

Wan Hassan berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemui sebuah plastik warna hitam di atas kerusi penumpang hadapan yang mengandungi satu plastik lutsinar berikat getah berisi bahan disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 510 gram.

Beliau berkata, turut ditemui sebuah plastik warna hitam yang mengandungi empat paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 1,817.31 gram.

“Nilai rampasan dadah terbabit bernilai RM33,388 manakala sitaan harta wang tunai RM400.

“Lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga 25 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 207 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjatapi 1960,” katanya.

Wan Hassan berkata, kejayaan ini adalah hasil usaha JSJN PDRM Kedah dalam memastikan aktiviti pengedaran dadah berbahaya berjaya di tumpaskan.

-Harian Metro

Tags: dadahheroinpolisSyabu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perdana Menteri Terima Kunjungan Hormat Michelle Yeoh

Next Post

Bekalan Telur Ayam Cukup Sempena Aidilfitri

Related Posts

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

05/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan seorang wanita bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes jemaah haji terkandas di Lapangan...

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

02/06/2025
0

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14...

Next Post
Bekalan Telur Ayam Cukup Sempena Aidilfitri

Bekalan Telur Ayam Cukup Sempena Aidilfitri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd