• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Terima Kunjungan Hormat Michelle Yeoh

oleh Mohd Arshad
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Perdana Menteri Terima Kunjungan Hormat Michelle Yeoh
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, beliau berpeluang mendengar sendiri kisah perjalanan hidup Michelle Yeoh yang penuh dengan suka duka semasa menerima kunjungan daripada seniwati tersebut.

Katanya, kejayaan ‘luar biasa’ dikecapi oleh tokoh budayawan tersebut bukan sahaja bermakna kepada dirinya sendiri tetapi turut bermakna untuk ahli keluarga mahupun rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Michelle memenangi anugerah itu hasil lakonan beliau dalam filem Everything Everywhere All At Once sekali gus berjaya mencipta sejarah menjadi rakyat Asia pertama yang tercalon dan memenangi anugerah dalam acara berprestij itu.

Kejayaan ikon kelahiran Ipoh itu dikatakan turut menjadi inspirasi kepada pelakon Malaysia terutama pendatang baharu untuk berusaha sehingga mampu melakar nama di peringkat antarabangsa.

-Utusan Online

Tags: Kunjungan HormatMichelle YeohPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd