• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops HRA: Lesen 7 Pemandu Bas Terlibat Dadah Digantung

oleh Mohd Arshad
28/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ops HRA: Lesen 7 Pemandu Bas Terlibat Dadah Digantung
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH : Seramai tujuh pemandu bas yang dikesan berada di bawah pengaruh dadah sepanjang kempen dan Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri (HRA) berdepan tindakan penggantungan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, tindakan tegas itu diambil di bawah Seksyen 36 dan atau Seksyen 56 Akta 333.

Katanya, kesemua pemandu tersebut yang ditahan di beberapa lokasi berasingan termasuk di Pulau Pinang, Melaka, Perak dan Perlis telah diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama katanya, syarikat bas berkenaan juga akan diaudit menerusi Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) JPJ bagi melihat tahap kepatuhan mereka.

Jelas Lokman, tindakan susulan seperti cadangan penggantungan atau pembatalan permit akan turut dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selepas siasatan selesai dijalankan.

“Dalam masa sama, kita mengingatkan pemilik-pemilik syarikat (kenderaan) komersial supaya memastikan kenderaan mereka tidak rosak ketika berada di jalan raya kerana boleh mengganggu aliran trafik.

“Mereka boleh dikenakan tindakan kerana dianggap gagal untuk menyelenggara kenderaan masing-masing (dengan baik),” katanya selepas meninjau Ops Motosikal sempena Ops HRA berhampiran tol menuju ke Jambatan Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Dalam operasi yang turut dihadiri oleh Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md. Isa itu, sebanyak 47 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu serta beberapa kesalahan teknikal lain.

Sementara itu, Lokman memberitahu, secara keseluruhannya sebanyak 71,688 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) serta peraturan di bawahnya sepanjang kempen dan Ops Bersepadu HRA dijalankan antara 18 April hingga semalam.

Beliau berkata, sebanyak 729 buah kenderaan turut disita atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh itu melalui aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan di koridor penguatkuasaan yang melibatkan 291 lokasi ‘point of duty’ (POD) di seluruh negara.

Menurutnya, 37 peratus atau 26,354 daripada keseluruhan notis itu melibatkan tujuh kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dengan 19,489 notis, tidak mematuhi isyarat lampu merah (5,653 notis) dan tidak memakai tali pinggang atau topi keledar (667 notis).

Selain itu, ujar beliau, kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu (170 notis), memotong barisan (152 notis) serta memotong di garisan berkembar dan memandu di lorong kecemasan masing-masing sebanyak 148 dan 75 notis.

“Kesemua kesalahan ini telah didaftarkan di dalam sistem mySikap sebagai kesalahan yang tidak boleh dikompaun dan OKS (orang kena saman) perlu hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan notis saman yang dikenakan,” katanya yang memberitahu, OKS juga akan dikenakan ‘mata demerit’ mengikut kesalahan yang dilakukan.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, 48 notis turut dikeluarkan atas kesalahan gagal mematuhi larangan kenderaan barangan dengan pemandu kenderaan tersebut berdepan tindakan penggantungan lesen memandu manakala syarikat yang berkaitan pula di bawah JISA sebelum tindakan susulan diambil oleh APAD.

“Sepanjang kempen dan Ops HRA itu juga, JPJ turut menerima sehingga 1,700 aduan daripada orang awam yang dihantar menerusi aplikasi [email protected] dengan kesalahan tertinggi yang dilaporkan ialah memandu di lorong kecemasan dengan 580 aduan,” ujar beliau.

-Utusan Online

Tags: dadahLesenOps HRApemandu bas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johor Kempen Semak Arah Kiblat – Exco

Next Post

Buruh Binaan Mengaku Ceroboh, Rogol Penjawat Awam

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post
Buruh Binaan Mengaku Ceroboh, Rogol Penjawat Awam

Buruh Binaan Mengaku Ceroboh, Rogol Penjawat Awam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd