• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Lancar Bermula Hari Ini Fokus Laluan Sesak – Anwar

oleh AK-47
18/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Op Lancar Bermula Hari Ini Fokus Laluan Sesak – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dalam memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April memberi fokus kepada laluan dijangka mengalami kesesakan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PDRM turut mengadakan Op Selamat 20 yang akan dilaksanakan selama tujuh hari bermula Khamis ini dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

“Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol tidak mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya ketika sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Selain itu beliau turut mengumumkan, Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei depan bagi semua saman kesalahan trafik PDRM bagi tahun 2022 dan sebelumnya.

“Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

“Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan,” ujarnya.

Dalam masa sama, bagi memberi kecerian kepada banduan penjara menjelang Aidilfitri ini, Anwar turut mengumumkan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen.

“Pelepasan ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia melibatkan pelepasan lebih 1,000 penghuni sepanjang bulan Ramadan dan Syawal,” jelasnya.

-Kosmo Online

Tags: Anwar IbrahimOp Lancar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sakit Belakang – Anwar Batal Lawatan Ke Pahang

Sakit Belakang – Anwar Batal Lawatan Ke Pahang

03/11/2025
0

PMX BATAL LAWATAN KERJA KE PAHANG AKIBAT SAKIT BELAKANG Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 3 November – Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesan kecuaian dalam kalangan 249 sekolah antarabangsa yang tidak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu dalam sistem pembelajarannya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd