Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

Wanita Maut Kereta Masuk...

KOTA TINGGI - Seorang wanita maut selepas Proton Wira dipandunya bertembung dengan Proton...

Muhyiddin Hargai Belia Bantu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada golongan...

Masyittah: Iman Solehah Pada...

MASYITTAH, tukang sikat Firaun masyhur dalam sejarah Islam kerana keteguhan imannya pada Allah. Wanita...

Kadar Inokulasi Negara Terus...

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin terus mencatatkan peningkatan dengan perangkaan tertinggi 556,404...

Michelle Yeoh Jumpa Peminat Di KL Esok

KUALA LUMPUR : Seperti dijanjikan, bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, Tan Sri Michelle Yeoh bakal meraikan kejayaan di pentas berprestij itu bersama peminat di pusat beli-belah, Pavilion Kuala Lumpur di sini, petang esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bintang filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO) itu bakal diraikan pada majlis istimewa buat kali pertama di Malaysia yang diberi nama, Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet dengan dilengkapi hamparan karpet merah terpanjang.

Sehubungan itu, peminat dipelawa menghadiri majlis yang bakal berlangsung di ruang legar utama pusat beli-belah terbabit, mulai jam 4 petang. Majlis itu dirancang bagi membolehkan Yeoh berkongsi kegembiraan dan meraikan kejayaan bersama peminatnya di Malaysia.

Yeoh, 61, anak jati Ipoh, Perak, mula mencipta nama menerusi filem terbitan Hong Kong pada era 1980-an.

Minggu lalu, Yeoh dilaporkan sudah kembali ke Malaysia dan menunjukkan kepada ibunya, Datin Janet Yeoh, 84, trofi Oscar dimenanginya itu.


Yeoh dilaporkan sangat gembira dapat berkongsi trofi itu dengan insan tersayang itu yang disifatkan tunjang terpenting kejayaannya sehingga sekarang.

Yeoh turut membawa trofi itu ke pusara bapanya, mendiang Datuk Yeoh Kian Teik. Yeoh pulang ke tanah air bagi menyambut ulang tahun ibunya, Janet yang sudah menjadi kepulangan wajib saban tahun.

Pada edisi ke-95 Oscar, Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie: Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Terdahulu, menerusi watak Evelyn Quah Wang, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.

-Berita Harian

Kategori

Leave a Reply