• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal Harmoni Walau Beza Tarikh Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
20/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kekal Harmoni Walau Beza Tarikh Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Undang-undang, dan Keselamatan, Mahfud MD meminta rakyat Indonesia mengekalkan keharmonian walaupun negara republik itu dijangka mempunyai perbezaan tarikh Aidilfitri pada tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau turut menggesa pihak berkuasa wilayah masing-masing membenarkan semua masyarakat Islam menggunakan kemudahan awam untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri yang lazimnya dijalankan di kawasan lapang.

“Kerajaan menggesa kemudahan awam seperti dataran bandar yang diuruskan oleh pihak berkuasa wilayah dibuka untuk solat Aidilfitri bagi mana-mana pertubuhan awam atau komuniti yang ingin menggunakannya.

“Kita juga perlu mengekalkan keharmonian walaupun terdapat perbezaan pada tarikh perayaan Aidilfitri kita,” kata Mahfud menerusi akaun Twitter @mohmahfudmd.

Lapor Antara News, kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas kepada beberapa pihak berkuasa wilayah yang memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan kawasan awam untuk solat hari raya pada hari Jumaat ini, yang ditetapkan beberapa pertubuhan Islam sebagai 1 Syawal.

Mahfud turut menegaskan, walaupun terdapat perbezaan penetapan tarikh 1 Syawal dalam kalendar Islam, kaedah lazim untuk menentukannya masih tetap berdasarkan hadis dan sabda Rasulullah SAW.

Jelasnya, kaedah pertama, rukyatul hilal dijalankan dengan memerhati bulan dengan mata kosong dibantu oleh teleskop seperti yang telah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad SAW.

Kaedah kedua iaitu hisab dijalankan dengan mengira kemunculan anak bulan dengan pendekatan saintifik dan astronomi namun proses ini sentiasa mendahului kaedah rukyatul hilal untuk pengesahan visual bulan.

“Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal, Jumaat ini. Satu-satunya perbezaan mereka adalah dalam menentukan darjah ketinggian bulan,” tegas Mahfud sambil merujuk kepada dua pertubuhan besar umat Islam di Indonesia itu.

Isnin lalu, Setiausaha Agung Badan Eksekutif Muhammadiyah, Abdul Mu’ti berkata, Datuk Bandar Sukabumi Jawa Barat, Achmad Fahmi menolak permintaan pertubuhan itu untuk menggunakan dataran awam di bandar bagi mendirikan solat sunat Aidilfitri pada 21 April.

Achmad dalam suratnya menyatakan, pihaknya hanya akan membenarkan solat sunat Aidilfitri di Dataran Merdeka bandar itu pada tarikh hari raya yang ditentukan oleh kerajaan pusat.

“Selepas Pekalongan, Jawa Tengah, sekarang Sukabumi. Selepas ini, kota mana lagi yang akan menyekat kita?” kata Abdul di akaun Twitter miliknya bersama lampiran surat tersebut.

Bagaimanapun, petang Isnin, pegawai Muhammadiyah itu berkata, Datuk Bandar Sukabumi dan Pekalongan menarik balik surat tersebut dan membenarkan penggunaan kemudahan mereka untuk solat hari raya pada hari Jumaat.

UtusanOnline-

Tags: AidilfitriharmoniIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd