• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Siling Ayam, Telur Tak Diapungkan – Salahuddin

oleh Mohd Arshad
01/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Siling Ayam, Telur Tak Diapungkan – Salahuddin
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak bercadang mengapungkan harga siling ayam dan telur sehingga menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar penggunaan bekalan makanan itu dalam kuantiti yang tinggi pada bulan Ramadan dan Syawal ini.

Walaupun kadar penggunaan yang tinggi, namun bekalan ayam dan telur mencukupi serta hasil libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) turut memberi jaminan bekalan itu dijual pada harga siling yang ditetapkan.

“Ketika kita menghadapi bulan Ramadan dan menanti kedatangan Hari Raya Aidilfitri, kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat harga siling bagi barang asas ini, iaitu ayam dan telur.

“Ini telah kita putuskan dalam (mesyuarat) Kabinet supaya semasa Ramadan dan Syawal, harga ini dikekalkan. Ini kerana Hari Raya Aidilfitri ini istimewa, bukan disambut dua hari tetapi sebulan dan ada yang anjurkan rumah terbuka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jualan Rahmah Pasaraya Hwa Tai di Pandan City, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

Bulan lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata, harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi.

Pada ketika ini, harga siling runcit semasa bagi ayam standard ialah RM9.40 sekilogram, manakala harga siling runcit telur bagi Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen) dan Gred C (41 sen), manakala di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum kedua-dua makanan itu berbeza mengikut zon dan daerah.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pemantauan yang dilakukan setiap hari sepanjang Ramadan ini mendapati harga barangan asas tidak berlaku kenaikan harga.

“Saya dimaklumkan bahawa bekalan (telur dan ayam) akan meningkat pada Ramadan dan Aidilfitri. Saya juga telah berjumpa dengan pemain industri dan mereka memberikan jaminan dan bersedia untuk membuat lebihan pengeluaran,” katanya.

-Utusan Online

Tags: ayamHarga Silingtelur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPT Tak Halang Sesiapa Masuk, Sertai Program Universiti

Next Post

Gempur 7 Pusat Pelacuran Beroperasi Ketika Ramadan

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post
Gempur 7 Pusat Pelacuran Beroperasi Ketika Ramadan

Gempur 7 Pusat Pelacuran Beroperasi Ketika Ramadan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd