Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PIIACUF Platform Terbaik Tampilkan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat penganjuran Festival Kesenian...

Peniaga Tidak Tahu Kewajipan...

IPOH - Terdapat segelintir peniaga kecil yang masih tidak tahu mengenai kewajipan meletakkan...

Jadikan Sekolah Angkat Tingkatkan...

SIBU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak termasuk daripada pembangkang diminta mengambil sekolah-sekolah di kawasan...

Teknik Pembelajaran Perlu Diolah...

MELAKA - Institusi pendidikan perlu mengolah semula teknik pembelajaran dan pengajaran mereka agar...

Gempur 7 Pusat Pelacuran Beroperasi Ketika Ramadan

Kuala Lumpur : Tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan mulia ini digempur dalam operasi Tindakan Khas Premis Berisiko di sekitar Jalan Petaling, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini berkata, operasi bermula 9 malam semalam, dijalankan bersama polis selepas risikan di beberapa lokasi panas di ibu negara.

“Pihak DBKL mengenal pasti premis-premis perniagaan yang menawarkan aktiviti seks dan pelacuran melibatkan wanita warga asing.

“Tujuh premis diserbu dan menahan empat wanita Bangladesh, India (satu) dan Indonesia (satu) disyaki bekerja sebagai pelayan,” menurut kenyataan.

Seramai 16 lelaki terdiri daripada dua warga tempatan disyaki penjaga premis dan 14 warga asing dipercayai pelanggan turut ditahan.


DBKL mengarahkan semua premis ditutup mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan turut dikenakan notis kompaun.

“DBKL bertindak memecahkan 85 bilik yang dibina tanpa kelulusan serta membuat tindakan sita terhadap 212 pelbagai barangan dan peralatan dipercayai bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Antaranya, kondom, minyak pelincir, tisu basah, kipas dinding, cctv dan dibawa ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori