• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas Tahap 1 Di Beberapa Kawasan Di Kelantan, Terengganu

oleh Mohd Arshad
21/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cuaca Panas Tahap 1 Di Beberapa Kawasan Di Kelantan, Terengganu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan merekodkan gelombang haba pada tahap satu iaitu tahap berjaga-jaga.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), berkata status cuaca panas itu turut membabitkan sekitar kawasan Kuala Terengganu.

“Status cuaca panas itu pada tahap satu iaitu tahap berjaga-jaga, di mana suhu boleh mencecah 35 darjah celcius sehingga 37 darjah celcius,” kata jurucakap jabatan itu dalam video laporan cuaca untuk pagi ini di YouTube yang turut menasihatkan supaya mengelakkan pembakaran terbuka.

Katanya, rantau negara menerima pengaruh angin daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang direkodkan sekitar 10 hingga 20 kilometer sejam.

Justeru, METMalaysia masih tidak mengeluarkan sebarang amaran angin kencang dan laut bergelora buat masa ini.

“Bagi tinjauan cuaca semasa, keadaan cuaca agak cerah dan baik di hampir keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia buat masa ini.

“Bagaimanapun, keadaan hujan masih berbaki di Kemaman, Terengganu dan Pontian, Kulai dan Johor Bharu di Johor. Kita menjangkakan keadaan itu masih lagi boleh berlarutan sehingga lewat pagi nanti,” katanya.

Sementara itu, bagi ramalan cuaca di bahagian Malaysia Timur pula menunjukkan keadaan cuaca cerah di hampir keseluruhan bahagian yang mana cuaca baik itu dijangka boleh berlarutan hingga ke lewat pagi nanti.

“Ramalan cuaca di sebelah petang, METMalaysia masih lagi menjangkakan keadaan cuaca hujan di pedalaman Semenanjung dan menjelang petang pula lebih tertumpu di bahagian Pantai Timur di sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang selain sedikit di Johor Timur.

“Namun menjelang ke awal malam, keadaan hujan lebih tertumpu di sekitar Pantai Barat iaitu meliputi negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor Barat,” katanya.

METMalaysia berkata, bagi Sabah dan Sarawak didapati keadaan hujan masih lagi berpotensi untuk berlaku di sebelah petang membabitkan kawasan pedalaman dua negeri itu.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati berikutan aktiviti hujan dan ribut petir ini boleh membawa kepada keadaan angin yang sangat kencang, banjir kilat serta kerosakan kepada struktur bangunan yang tidak kukuh,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Cuaca Panas Tahap 1KelantanTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd