Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Bersih 2.0 Dedah Embargo...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Malaysia Cerahkan Peluang Ke...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencerahkan peluang ke suku akhir Liga Hoki Sedunia (HWL)...

TH Sentiasa Utamakan Aspek...

MAKKAH - Tabung Haji (TH) sentiasa memberi penekanan terhadap keselesaan dan kebajikan para...

Pasukan Petugas Siasat Pelanggaran...

MIRI - Sarawak akan menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk siasat insiden kemalangan bot...

Zii Jia Kempunan Ke Final All England

KUALA LUMPUR – Bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kempunan untuk melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton All England apabila perjalanannya terkandas di peringkat separuh akhir.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemain No.4 dunia itu tewas straight-set kepada Shi Yuqi dari China dengan keputusan 19-21, 13-21 dalam tempoh 43 minit pada aksi di Arena Birmingham sebentar tadi.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia ke atas pemain di ranking ke-12 dunia itu selepas terdahulu tewas 18-21, 21-16, 12-21 di pentas final Terbuka Denmark tahun lepas.

Ia juga secara tidak langsung meleburkan impian Zii Jia untuk mengulangi pencapaian hebat pernah dilakukannya ketika menjuarai All England pada dua tahun lalu.


Lebih malang, ini juga kali kedua berturut-turut pemain dari Alor Setar, Kedah itu tersingkir di peringkat separuh akhir All England selepas tewas kepada Lakhsya Sen dari India tahun lalu.

Bagaimanapun, pencapaian mara ke separuh akhir dilihat sebagai petanda kebangkitan Zii Jia selepas terkandas di pusingan awal dalam empat kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

Tidak mustahil Zii Jia mampu melangkah jauh dalam kejohanan seterusnya seperti Terbuka Switzerland yang dijadualkan membuka tirainya Selasa ini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori