• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Victor Sah Penaja Utama Zii Jia

oleh AK-47
24/02/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang kini bergerak secara profesional memilih syarikat peralatan sukan dari Taiwan, Victor sebagai penaja utamanya.

Perkembangan itu dikongsikan Victor menerusi hantaran di laman Instagram rasmi milik syarikat berkenaan yang mengalukan-alukan kehadiran semula Zii Jia bersama mereka.

“Selamat kembali kepada keluarga Victor. Victor dengan bangganya mengumumkan kerjasama semula dengan bintang Malaysia,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran sama, Zii Jia yang juga pemain nombor tujuh dunia, berkata: “Apa yang paling mengagumkan saya adalah sikap profesional Victor dan dedikasi mereka. Selain itu, kepercayaan yang diberikan mereka membuatkan saya seperti berada di rumah sendiri,” katanya.

Zii Jia, 24, turut mengulang semula hantaran berkenaan di Instastory miliknya, selepas itu.

Bagaimanapun, dalam hantaran berkenaan tidak dimaklumkan mengenai jumlah bayaran yang diterima juara Seluruh England 2021 itu dan tempoh kontrak dengan Victor.

Bulan lalu, pemain berasal dari Alor Setar, Kedah itu memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi bergerak secara profesional.

Ketika itu, Zii Jia dilaporkan menerima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat peralatan sukan dari Taiwan dipercayai Victor yang didakwa menjadi faktor utama dia mahu meninggalkan BAM.

Dia didakwa ditawarkan bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1.674 juta) setahun dengan tempoh kontrak selama tujuh tahun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.718 juta.

Victor bukanlah jenama asing buat Zii Jia memandangkan syarikat berkenaan pernah menjadi penaja utama kepada BAM selama enam tahun bermula 2015 hingga 2021.

-Berita Harian

Tags: Penaja UtamaVictorZii Jia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

23 Kawasan Di Kuala Selangor Alami Gangguan Bekalan Air

Next Post

Dakwaan Waktu Solat Salah Sebab Bumi Putar Perlahan Belum Disahkan

Related Posts

Olimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Terima Habuan Kereta Mewah

Olimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Terima Habuan Kereta Mewah

06/08/2024
0

PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mendapat habuan pertama susulan meraih...

Zii Jia Kempunan Ke Final All England

Zii Jia Kempunan Ke Final All England

19/03/2023
12

KUALA LUMPUR – Bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kempunan untuk melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton All England...

Next Post

Dakwaan Waktu Solat Salah Sebab Bumi Putar Perlahan Belum Disahkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd