• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Mengandung Terbeli Ikan Berulat Di Bazar

oleh AK-47
31/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wanita Mengandung Terbeli Ikan Berulat Di Bazar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengunjung bazar mendakwa telah dianiaya penjual yang menjual lauk ikan sudah berulat dalam kejadian Khamis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wanita itu yang menggunakan nama Noonafz Isml di akaun Facebook memaklumkan, juadah berbuka puasa itu dibeli di sebuah bazar atau pasar malam berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda di sini.

Menurutnya, makanan tersebut disedari sudah berulat ketika dia sedang menjamu selera.

“Bala hari ini (Khamis ), beli lauk dekat bazar atau pasar malam berhampiran flat PPR Batu Muda.

“Dah nak habis makan, baru perasan ada ulat. Bukan seekor atau dua, tapi berpuluh-puluh ekor ulat dekat perut ikan, ” katanya seperti dikongsikan dalam Grup Facebook Warga Sentul Batu, pada Khamis.

Kongsi wanita itu, awalnya dia menyangka ia adalah beras yang tidak masak tetapi selepas diteliti itu sememangnya ulat.

Wanita yang sedang mengandung itu, meluahkan rasa sedih dengan sikap peniaga yang dianggap tidak bertanggungjawab.

“Saya tak minta ganti rugi cuma ikhlaskanlah niat hendak berniaga untuk pendapatan sekeluarga bukan aniaya orang macam ini.

“Tak berkat (rezeki) lagi lagi ketika bulan puasa,” luahnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian daripada orang ramai yang meninggalkan komen dan bersimpati dengan nasib wanita tersebut.

Selain risaukan kesihatan wanita tersebut yang sedang berbadan dua, ada yang meminta mangsa pergi semula ke kedai tersebut untuk memaklumkan kejadian kepada peniaga terbabit.

“Pergi kedai itu dan tunjuk gambar ini…jangan berdiam takut orang lain terkena,” komen Bro Chip.

Shaeyqa Fy pula meminta mangsa membuat laporan kejadian kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya peniaga berkenaan dikenakan tindakan.

“Melampaunya.. Report KKM sis.. Biar dia (peniaga) rasa.. Ya ALLAH kesiannya awak,” tulisnya.

Tidak kurang yang memberitahu bersikap berhati-hati dan takut membeli makanan di bazar susulan banyak kes keracunan makanan berlaku.

“Saya tak berani beli lauk di bazar Ramadan risau jadi seperti ini. Baik saya beli yang goreng-goreng, sekurangnya saya tahu dia masak terus di situ pada hari sama,” Nurul Husna.

Pemilik akaun Facebook Lelaa Bakri pula memaklumkan turut alami keracunan makanan ketika membeli laksa yang kuahnya hampir basi pada hari kelima puasa.

“Di mana-mana mesti terjumpa kes macam ini. Saya juga keracunan beli makanan di bazar tempat lain pada puasa kelima, dapat kuah laksa hampir basi dan sakit perut keesokan hari.

“Mungkin ALLAH SWT hendak uji tahap kesabaran kita. Reda di bulan mulia ini. Hendak marah tidak sampai hati,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: bazar ramadanIkan Berulatwanita mengandung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd