• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Polis Cedera Dilanggar Penagih Dadah

oleh Mohd Arshad
06/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Tiga Polis Cedera Dilanggar Penagih Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Polis berjaya memberkas dua lelaki bersama beberapa peket lutsinar dipercayai dadah jenis syabu, heroin dan ganja selepas berlaku aksi kejar-mengejar antara pihak berkuasa dengan suspek dari Hospital Pakar Putra Melaka sehingga ditahan di hadapan sebuah hotel di Banda Hilir di sini, awal pagi semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sebelum kejadian, kereta jenis Honda dinaiki kedua-dua suspek berusia 33 dan 37 tahun itu telah ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Beliau berkata, suspek yang enggan keluar dari kenderaan berjaya digari, namun pintu keretanya gagal dibuka kerana tersepit dengan kereta polis.

Jelasnya, pihaknya kemudian bertindak mematikan enjin kereta suspek tetapi tidak sempat mencabut kunci, berikutan berlakunya pergelutan yang mana suspek bertindak agresif melanggar kereta polis.

“Suspek turut melanggar sebuah kereta orang awam di hadapan Hospital Pakar Putra Melaka. Mereka terus menghala ke Jalan Bukit Cina dan melanggar beberapa lagi kereta orang awam di hadapan Hotel Ibis, sebelum berjaya ditahan polis.

“Pemeriksaan dalam kereta tersebut menjumpa dadah jenis syabu, heroin dan ganja. Kesan pergelutan, seorang anggota mengalami terseliuh kaki kanan dan lutut kanan akibat dilanggar oleh kenderaan suspek.

“Dua lagi anggota mengalami luka di jari tangan kanan. Turut mengalami kerosakan sebuah kereta polis pada bahagian pintu pemandu, pintu sebelah belakang pemandu, bampar bahagian belakang serta mengalami kerosakan lain-lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, suspek mengakui kesemua dadah yang dirampas adalah milik mereka dan mendakwa mengambil bekalan itu pada Jumaat lalu daripada seorang pengedar di Batu Berendam.

“Saringan ujian air kencing terhadap kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine. Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan mempunyai beberapa rekod jenayah berkaitan dadah,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: Penagih Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

M’sia Dijangka Tak Alami Kegawatan Ekonomi Tahun Ini – Ahmad Maslan

Next Post

Kerajaan Setuju Naikkan Paras Harga IPG RM2.70 Sekilogram

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Kerajaan Setuju Naikkan Paras Harga IPG RM2.70 Sekilogram

Kerajaan Setuju Naikkan Paras Harga IPG RM2.70 Sekilogram

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd