• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Simbah Cat Merah Pada Toyota Vellfire, Lelaki Didenda RM10,000

oleh Mohd Arshad
21/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Simbah Cat Merah Pada Toyota Vellfire, Lelaki Didenda RM10,000
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL : Seorang pemandu lori didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyimbah cat merah ke sebuah kenderaan di daerah ini bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Lim Wei Kien, 39, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak yang turut memerintahkan 10 bulan penjara jika tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada kenderaan jenis Toyota Vellfire milik seorang lelaki pada pukul 9 pagi, 26 Februari lalu di sebuah taman perumahan di Jalan Rompin, di sini.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada tarikh, masa dan lokasi yang sama, mangsa mendapati kenderaan dan halaman rumahnya sudah disimbah cat berwarna merah dan turut ditinggalkan tiga keping kertas bertulis nombor telefon.

Mangsa kemudiannya telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seseorang yang tidak dikenali telah menyimbah cat serta meletakkan beberapa keping kertas.

Hasil siasatan polis ke atas CCTV, didapati sebuah kereta jenis Nissan Almera telah diparkir di hadapan sebuah rumah pada hari kejadian dan semakan nombor pendaftaran mendapati ia milik tertuduh.

Tertuduh ditangkap ketika menaiki kereta tersebut dan mempunyai dua tong cat berwarna merah dan sebotol minyak thinner bersamanya.

Difahamkan, tertuduh mengambil upah sebanyak RM150 bagi kerja menyimbah cat ke atas kenderaan dan rumah. Rertuduh gagal membayar denda dan kemudiannya dihantar ke Penjara Jelebu bagi menjalani hukuman.

-Utusan Online

Tags: Cat Merahdenda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ABIM Temui Dalai Lama, Bincang Isu Islamophobia Dan Uyghur

Next Post

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

19/03/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc...

Next Post
Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd