Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Mana Lagi Cerita Tun...

ALKISAH satu Malaysia malah satu dunia tahu setiap perkataan dikeluarkan bekas perdana menteri,...

Baharudin Dilantik Ketua JSJ...

Shah Alam : Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor bakal disandang oleh...

2,600 Maut Akibat Covid-19...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) merekodkan pertambahan angka kematian hampir 2,600 kes akibat...

Bekas Kekasih Jim Carrey...

BEKAS kekasih kepada aktor serta pelawak Hollywood terkenal, Jim Carrey telah ditemui mati...

Senggarang Lokasi Baharu Terjejas Banjir

BATU PAHAT – Kawasan Senggarang di sini menjadi lokasi baharu terjejas banjir selepas dinaiki air sejak Jumaat lepas, kata Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Batu Pahat itu berkata, susulan itu, dua pusat pemindahan sementara dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kadir dan SK Senggarang melibatkan 325 mangsa daripada 81 keluarga setakat 4 petang ini dan dijangka bilangan mangsa akan bertambah.

“Situasi banjir berlaku di kawasan itu dipengaruhi aliran air dari Segamat dan empangan selain pertembungan air pasang.

“Air (banjir) akan bertambah tetapi tetap (air itu) mengalir ke laut ditambah dengan bantuan lima pam bergerak yang sudah beroperasi di kawasan itu,” katanya kepada Bernama, di sini pada Ahad.

Nasri berkata, setakat ini, daerah ini telah menerima 23 pam bergerak yang telah dipasang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bagi membantu pengaliran air keluar.


Beliau berharap dengan pemasangan pam bergerak itu akan memberi kesan penurunan air banjir dalam tempoh seminggu ini.

“Walaupun isipadu (air yang keluar) sedikit tetapi kita tetap berusaha supaya penduduk dapat pulang ke rumah sebelum menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Nasri berkata, situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan pemulihan apabila kawasan Yong Peng sudah memasuki fasa pembersihan rumah dan beberapa PPS ditutup di daerah ini, manakala kawasan di Seri Medan sehingga Parit Raja masih dinaiki air.

Setakat 4 petang ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan seramai 42,706 orang dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 39,944 orang.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori