• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Ada Cara Sendiri Pimpin UMNO Arau’ – Rozabil

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Saya Ada Cara Sendiri Pimpin UMNO Arau’ – Rozabil
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU : Calon Ketua UMNO Bahagian Arau yang menang tanpa bertanding, Datuk Rozabil Abd. Rahman berhasrat untuk membawa perubahan besar terhadap kepimpinan parti itu di peringkat bahagian khususnya dalam aspek pelaksanaan program dengan pendekatan baharu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Rozabil, beliau mempunyai cara tersendiri bagi memimpin UMNO Bahagian Arau dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh perwakilan parti berkenaan.

Katanya, cabaran yang perlu dihadapi selepas ini adalah bagi mengisi jawatan itu dengan sebaiknya selepas diumumkan menang tanpa bertanding menerusi sokongan yang diterjemahkan dalam pemilihan kali ini oleh perwakilan.

“Tak mungkin saya akan lakukan seperti kepimpinan lalu kerana saya mempunyai cara tersendiri untuk menerajui UMNO Bahagian Arau,” katanya selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau 2023 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Rozabil dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Arau yang baharu selepas menang tanpa bertanding berikutan tidak dicabar mana-mana calon pada pemilihan kali ini.

Mengulas mengenai perjalanan persidangan bahagian berkenaan, Rozabil berkata, sambutan diterima daripada ahli-ahli adalah amat baik dan setiap pihak turut memberi komitmen bagi membantu parti itu.

“Kalau lihat persidangan UMNO Bahagian Arau hari ini, ramai ahli dan perwakilan yang sebelum ini kurang aktif membuat kemunculan semula untuk bergiat bersama parti.

“Sepatutnya lepas kita kalah (PRU15), orang akan lari namun kita dapat lihat ramai juga muka-muka lama membuat kemunculan semula untuk bersama membantu UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Rozabil berkata, penambahan ahli baharu buat UMNO merupakan antara agenda yang akan dibawa beliau selepas ini termasuk dengan mendekati golongan pengundi di kawasan itu.

Tambahnya, pihaknya akan lebih aktif mendekati pengundi dengan menggunakan cawangan-cawangan untuk bergerak ke peringkat bawah.

“Kita mengharapkan agar kepimpinan baharu ini akan dapat memberi perubahan besar bukan sahaja di peringkat bahagian namun juga membabitkan UMNO negeri,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Rozabil Abd. RahmanUMNOUMNO Arau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd